Halaman

3 Sep 2010

Kelebihan Ramadhan

Di dalam satu hadis menyebut :

 
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat

Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan

Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang malam 10 terakhir ini dengan menggandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan .Semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.

Tiada ulasan:

Pengikut