" Fikirlu: Menjelang Hari Raya

Halaman

3 Sep 2010

Menjelang Hari Raya

Menjelang raya orang ramai berpusu-pusu ke pusat beli-belah mencari pakaian untuk dipakai sempena menyambut Hari Raya.Sepatutnya malam-malam terakhir ini diisi dengan memperbanyakkan ibadah.Yang nak balik kampung , berhati-hati di jalan raya.Ingat sanak saudara menunggu kepulangan kita untuk bersama-sama menyambut Hari Raya.Yang lebih penting jangan membazir.Bersederhanalah dalam setiap perkara.Paling penting marilah kita hidupkan 10 malam terakhir ini dengan memperbanyakkan ibadah.Mana tahu kita antara insan bertuah yang dikurniakan kelebihan malam Lailatul Qadar.

Tiada ulasan: