Halaman

18 Nov 2010

Design Blog Yang Baik

Lumrah kehidupan kita melihat seseorang melalui 'First Impression' atau sifat luarannya.Sama juga dengan dunia blog.Apabila anda cuba masuk ke blog seseorang,tetapi terpaksa menunggu 'loading' hingga 30 minit baru dapat masuk, sudah pasti anda akan meninggalkan blog tersebut dan berkunjung ke blog lain.Sebagai pemilik blog ,perkara pertama yang ada dalam fikiran kita, adakah blog kita berat (mengandungi pelbagai widget dan gadget) yang tidak sepatutnya.Bagi anda yang berblog sekadar untuk suka-suka, mungkin tidak menjadi satu masalah besar.Tetapi buat anda yang menjual produk atau perkhidmatan atau anda yang menjadikan blog sebagai pendapatan pasif , sudah tentu akan menjejaskan pendapatan anda.Jadi apakah langkah terbaik bagi memudahkan pengunjung berkunjung ke blog anda.Di sini aku nak sentuh pasal design .Mungkin dengan pemilihan template atau design yang baik blog anda akan menarik lebih ramai pengunjung.Jom kita lihat :

1. Design atau template yang simple dan minimum - bukan bermaksud buat ala kadar sahaja, tetapi blog kita tidak banyak widget yang menyakitkan mata pengunjung blog.Memadai dengan kandungan blog , shout box dan hit counter.Penggunaan widget yang minimum mempercepat proses loading blog.Harus diingat pengunjung tidak mahu menunggu terlalu lama kita menjelajah ke sesebuah blog.

Tip - kalau background berwarna  putih ------- tulisan warna hitam @ biru tua
       kalau background berwarna hitam----------tulisan warna putih @ kuning

2. Sidebar anda di sebelah kanan - lebih baik kerana orang membaca artikel kita dari kiri ke kanan

3. Memadai  2 column sahaja -sekiranya tujuan kita berblog untuk menulis.Tetapi buat anda yang ingin memasukkan iklan sudah pasti memerlukan 3 column.

4. Kedudukan iklan yang tepat 
   - di bawah header - leaderbox 
   - sidebar - skycraper
   - bawah post atau artikel - large rectangle


Tiada ulasan:

Pengikut