Halaman

Memaparkan catatan dengan label Asas Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asas Blog. Papar semua catatan

17 Sep 2023

Adakah blog masih relevan tahun 2023?


Aku mula berjinak dengan blog pada 7 Ogos 2007.

Sudah 16 tahun.

Cuma ada pasang surutnya.

Mula-mula aktif selama 5 tahun.

Lepas itu suam-suam kuku.

Kemudian hilang dari radar.

Penghujung tahun 2022 aku mula kembali menulis di blog. Itu pun sekadar mengisi masa lapang.

Persoalannya.Adakah blog masih relevan Tahun 2023 ?

Daripada Youtube ,Medsos FB (Meta)Whatsapp,Telegram,Instagram, X dan lain-lain.

Terkini TikTOK trending di kalangan pengguna media sosial 30 an ke bawah.

Blog seolah-olah tenggelam.

Namun aku percaya blog masih ada nilainya dalam kalangan pengguna media sosial dan internet.

Fungsi blog sebagai sumber maklumat masih penting.

Blog masih sesuai bagi penjual dan ahli perniagaan menjana pendapatan.

Begitu juga dengan blogger yang menjana pendapatan pasif melalui blog.

22 Dis 2022

Waktu terbaik update blog

Bilakah waktu terbaik post artikel dll di blog,fb , gambar  di instagram atau tweet di twitter ?

 

Waktu Pagi: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Waktu Tengahari: 1.00ptg hingga 3.00ptg

Waktu Malam: 10.00 mlm hingga 12.00 mlm

 

Pukul 12:00am - 1:00am

Waktu ini mungkin masih ramai yang online sementara masuk tidur.

7 Feb 2019

Cara Tingkatkan Trafik Blog Tahun 2019

Topik ini antara carian tertinggi. Bagi blogger baru, yang ingin menjana pendapatan melalui blog , sudah tentu masih  mencari formula untuk meningkatkan pengunjung ke blog anda.1 tip untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog antaranya :

1.Postkan artikel yang belum ada dalam mana-mana blog. Kenapa orang mencari artikel tersebut. Suka-suka ? Ingin mendapat info lanjut berkaitan sesuatu perkara ? menyiapkan assignment ? dan sebagainya.

Lihat contoh artikel (Sila klik pautan )FENOMENA KEPALA AIR   . Kenapa orang mencari artikel tersebut. Sudah tentu mereka ingin mendapat info berkaitan kejadian Kepala Air tersebut. Tidak ramai blogger yang menulis artikel berkaitan topik ini. Mungkin satu kelebihan kepada kita untuk mendapat jumlah pengunjung tertinggi sekali gus menjana pendapatan melalui internet.

18 Nov 2010

Design Blog Yang Baik

Lumrah kehidupan kita melihat seseorang melalui 'First Impression' atau sifat luarannya.Sama juga dengan dunia blog.Apabila anda cuba masuk ke blog seseorang,tetapi terpaksa menunggu 'loading' hingga 30 minit baru dapat masuk, sudah pasti anda akan meninggalkan blog tersebut dan berkunjung ke blog lain.Sebagai pemilik blog ,perkara pertama yang ada dalam fikiran kita, adakah blog kita berat (mengandungi pelbagai widget dan gadget) yang tidak sepatutnya.Bagi anda yang berblog sekadar untuk suka-suka, mungkin tidak menjadi satu masalah besar.Tetapi buat anda yang menjual produk atau perkhidmatan atau anda yang menjadikan blog sebagai pendapatan pasif , sudah tentu akan menjejaskan pendapatan anda.Jadi apakah langkah terbaik bagi memudahkan pengunjung berkunjung ke blog anda.Di sini aku nak sentuh pasal design .Mungkin dengan pemilihan template atau design yang baik blog anda akan menarik lebih ramai pengunjung.Jom kita lihat :

1. Design atau template yang simple dan minimum - bukan bermaksud buat ala kadar sahaja, tetapi blog kita tidak banyak widget yang menyakitkan mata pengunjung blog.Memadai dengan kandungan blog , shout box dan hit counter.Penggunaan widget yang minimum mempercepat proses loading blog.Harus diingat pengunjung tidak mahu menunggu terlalu lama kita menjelajah ke sesebuah blog.

Tip - kalau background berwarna  putih ------- tulisan warna hitam @ biru tua
       kalau background berwarna hitam----------tulisan warna putih @ kuning

2. Sidebar anda di sebelah kanan - lebih baik kerana orang membaca artikel kita dari kiri ke kanan

3. Memadai  2 column sahaja -sekiranya tujuan kita berblog untuk menulis.Tetapi buat anda yang ingin memasukkan iklan sudah pasti memerlukan 3 column.

4. Kedudukan iklan yang tepat 
   - di bawah header - leaderbox 
   - sidebar - skycraper
   - bawah post atau artikel - large rectangle


15 Okt 2009

Jam di blog anda

Anda nak letak jam di blog.Banyak widget jam yang anda boleh gunakan.
Antaranya:


Letaklah design jam yang anda suka.Selamat mencuba



12 Sep 2009

Check Nilai Blog Anda

Nak tau nilai blog anda berapa?.Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada trik.tips dan anuknaggroe sebab kongsi info ni.. Ok bro..semuanya free...Cuma masukkan URL dan enter. Lepas tu kalau nak...hampa boleh copy and paste result blog hampa. Mudahkan..Aku listkan kat sini link ke website yang boleh check nilai blog kita dalam US Dollar.. so jangan tunggu lagi hampa klik link bawah ni untuk tau berapa harga blog anda 

websiteOutlook......boleh tahan gak ni...USD..474.5

Ok blogger semua ...pas ni check la blog hampa.
harap2 info ni bermanfaat untuk kita semua.


11 Ogo 2009

Blog Anda OK atau KO

Kalau nak tau blog anda tu ok atau KO..sila klik sini. ini link Website Speed Test untuk check sama ada blog anda tu berat atau tak.

Maksudnya berapa lama masa yang diambil untuk orang lain masuk blog anda.Kalau lebih dari 200 KB ...maknanya blog tu berat la tu...so delete la widget2 yang tak berapa penting tu...meriahkan dunia blogger...

Pengikut