Halaman

19 Feb 2011

Kisah Rimba Bukit Bauk

Rimba Bukit BaukRimba Bukit BaukLaluan Rimba Bukit BaukPagi kelmarin aku bersama rakan beriadah di Hutan 
Rimba Bukit Bauk yang terletak berhampiran Politeknik Sultan Mizan.Satu-satunya hutan rimba yang terletak di pinggir Bandar Dungun. Trek  ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti kembara dan menunggang basikal(Mountain Bike).

Sesekali berjoging sambil menikmati keindahan bumi Tuhan yang cantik dan indah merupakan satu amalan gaya hidup sihat.Teringat kata-kata  pakar motivasi tersohor , jika kita hanya berdiam diri sahaja dalam kebanyakan masa kita , samalah kita seperti ikan yang tidak  tahu berenang atau burung yang tidak pandai terbang dan jika amalan ini berterusan , ikan atau burung itu tidak akan hidup lama.

Begitu juga nasib kita.Sudah berzaman-zaman lamanya manusia mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjalankan pelbagai aktiviti lasak.Sama ada memburu dan bertani , meliputi kerja-kerja membajak,menuai ,mengejar ikan dan burung yang sama. 

Gaya hidup ini berkurangan dengan kedatangan era revolusi industri , komputer dan robot.Tidak lama kemudian manusia menjadi itik lembab yang memperhambakan diri kepada televisyen, facebook ,Friendster dan sebagainya,dirosakkan dengan penyakit-penyakit moden yang membawa kepada kemerosotan diri seperti darah tinggi , jantung dan beberapa gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.Justeru melibatkan kos perbelanjaan berbillion dollar setahun.Manusia kini harus menghentikan amalan suka makan dan tidur secara rakus dan memulakan amalan beriadah dan bersenam. Jangan mimpikan kesihatan itu akan kekal.

Jika anda berfikir demikian , tunggulah saat kehilangannya.Sekadar peringatan untuk aku dan kita semua.Amalkan gaya hidup sihat.


Trek Joging Rimba Bukit Bauk
Pandangan Dari Puncak Rimba Bukit Bauk








Tiada ulasan:

Pengikut