BERLIN 19
Jan. - Mungkin anda merasakan keadaan meja pejabat yang bersepah menjejaskan
tugasan harian dan produktiviti seseorang, namun
satu kajian menunjukkan ia
sebaliknya!
Menurut
sekumpulan penyelidik dari Jerman, meja yang bersepah sebenarnya boleh membantu
individu berfikir dengan lebih jelas kerana keadaan itu membuatkan mereka
mencari jalan bagi memudahkannya.
Ini
berikutan keadaan bersepah secara visual dan mental mampu memaksa manusia untuk
memberi fokus dan berfikir dengan lebih jelas.
Pemikir
dan penulis terkenal seperti Albert Einstein dan Roald Dahl terkenal dengan
meja yang bersepah.
"Meja
bersepah sebenarnya tidak menjejaskan kualiti kerja sebagaimana ia kelihatan
kerana pendekatan menyelesaikan masalah yang mereka miliki membantu kecekapan
kerja atau meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam penyelesaian
masalah," kata ketua penyelidik dari Universiti Groningen, Jia Liu, dalam
artikel yang disiarkan melalui Jurnal Penyelidikan Pengguna.
Anehnya,
impak meja bersepah kelihatan lebih berkesan kepada mereka yang konservatif,
manakala mereka yang liberal pula sebenarnya tidak kisah dengan keadaan
sedemikian.
"Pengurus
syarikat swasta dan kerajaan sering mempromosi polisi 'meja kemas' bagi
mengelak keadaan pejabat yang tidak terurus dan bersepah, bertujuan menjana
produktiviti dan kecekapan kerja.
"Amalan
ini berdasarkan kepada pemahaman konvensional bahawa persekitaran yang tidak
terurus dan bersepah boleh menyesakkan minda dan menyukarkan penilaian.
"Bagaimanapun
tidak semua bukti menyokong kaitan konvensional antara persekitaran bersepah
dengan minda yang berserabut," katanya. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan