"Spontaneous Human Combustion" atau "SCH" adalah
antara misteri kompleks dalam dunia forensik yang masih belum
dirungkai. Ia masih kekal satu misteri, dan setakat yang
saya tahu,
tiada doktor atau ahli forensik akan menulis punca kematian mangsa
sebagai "Spontaneous Human Combustion".
Istilah "Spontaneous Human Combustion" sebenarnya berasal dari satu kajian yang di buat di Perancis pada 1673, iaitu ""De Incendiis Corporis Humani Spontaneis." Fenomena ini rupanya telah diketahui sejak beratus tahun dahulu.
Antara penjelasan yang paling popular yang diberikan adalah "teori sumbu lilin" (wick effect). Teori ini menegaskan bahawa pakaian dan rambut manusia bertindak sebagai sumbu dan lemak tubuh manusia pula sebagai lilin. Haba dari kebakaran menyebabkan pakaian dibasahi cairan lemak mengakibatkan kebakaran berterusan dari luar ke dalam. Sebagai mana sumbu terus membakar lilin.
Manakala teori "temperature gradient" (perbezaa suhu) pula digunakan untuk menerangkan kenapa dalam kebanyakan kes, bahagian kaki (lower extremities) tidak terbakar. Dalam keadaan duduk bahagian bawah tubuh manusia adalah lebih sejuk dari bahagian atas. Sebab itu bila menyalakan mancis anda perlu menterbalikkannya supaya ia kekal terbakar, untuk memastikan haba mengalir ke atas.
Tetapi ini tidak menjelaskan kenapa kebakaran itu berlaku. Apa yang bertidak sebagai "penjana" kebakaran? Untuk kebakaran bermula, diperlukan satu punca haba yang tinggi. Umum diketahui bahawa kertas lebih jauh mudah terbakar dari tubuh manusia, dan untuk membakar kertas memerlukan 230 darjah Celsius (suhu takat didih adalah 100 darjah Celsius).
Setakat yang diketahui dalam ilmu sains fisiologi dan biokimia tubuh manusia, jasad manusia tidak berkemampuan untuk menjana suhu setinggi itu.
Sebenarnya, tidak semua mangsa SHC meninggal dunia, ada segelintir yang berjaya menyelamatkan diri. Dari laporan dan cerita mereka, kebakaran berlaku secara tiba-tiba tanpa sumber "ignition" luaran. Tiba-tiba sahaja tubuh mereka terbakar atau mengeluarkan asap.

Sumber : abanag
Tiada ulasan:
Catat Ulasan