Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusansabah@utusan.com.my
utusansabah@utusan.com.my
KENINGAU 7 April - Najis
lembu yang bersepah di jalan-jalan raya pastinya mencacatkan keindahan atau
pemandangan sesuatu tempat.Sebagai pemandu, kita pastinya jijik dan akan cuba
sedaya upaya memastikan tayar kereta tidak melenyek najis berkenaan.
Namun sedar atau tidak najis
haiwan berkenaan amat berguna dan mampu memberi faedah besar dalam kehidupan
kita.
Bukan hanya sebagai baja,
tetapi najis haiwan peliharaan itu mampu membekalkan gas untuk tujuan memasak.
Malah, najis yang dilihat
tidak berguna itu sebenarnya mampu menjana tenaga elektrik yang menjadi
keperluan kita pada masa ini.
Perkara itu bukan omongan
kosong kerana usaha ke arah itu telah direalisasikan oleh Jabatan Perkhidmatan
Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Keningau yang menjadi perintis dalam
teknologi tersebut.
Pegawai Penyelidik JPHPT,
Alexius Jalani berkata, penggunaan najis lembu bagi menghasilkan gas memasak
dan elektrik itu mula dipraktikkan di pusat ternakan itu sejak pertengahan
tahun lalu.
Beliau memberitahu,
penggunaan kaedah itu amat baik kerana dapat memberi bekalan gas dan elektrik
yang konsisten.
Katanya, berdasarkan
kajian najis seekor lembu mampu memberi bekalan tenaga elektrik yang cukup
untuk sebuah rumah kampung.
"Pada masa ini kita
hanya menggunakan najis daripada 30 ekor lembu untuk menghasilkan gas memasak
dan bagi menghidupkan generator elektrik di pusat ini.
"Setakat ini
penggunaan najis lembu membekalkan tenaga elektrik dan gas dengan konsisten
setiap hari," katanya.
Menurutnya, projek
percubaan yang dikenali sebagai Projek Penyelidikan Biogas JPHPT Keningau itu
adalah hasil daripada lawatan pihaknya ke Indonesia yang telah lama menggunakan
kaedah tersebut.
Beliau memberitahu,
penggunaan projek berkenaan juga amat efektif dengan kos bagi memulakan projek
berkenaan adalah rendah iaitu kira-kira RM30,000.
"Sebenarnya, kos
adalah lebih rendah lagi kerana sebagai projek perintis ia melibatkan banyak
perkara, malah tangki menyimpan najis pun kita menggunakan konkrit walaupun
sebenarnya kita boleh gunakan tong plastik yang lebih murah," katanya.
Menceritakan mengenai
proses menghasilkan biogas berkenaan beliau berkata, pada mulanya najis lembu
berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam tangki simpanan tertutup.
Beliau memberitahu,
sukatan yang disyorkan ialah satu bahagian najis dan satu bahagian air.
"Hanya pada permulaan
sahaja najis lembu ini perlu disimpan selama satu bulan bagi menghasilkan gas
metanol. Selepas itu ia boleh digunakan dengan memasukkan najis setiap hari.
"Selepas itu kita
hanya perlu menyambung saluran gas dari tempat simpanan berkenaan sama ada
untuk menggunakan gas memasak ataupun untuk menghidupkan generator,"
katanya.
Tambahnya, apabila najis
lembu di dalam tangki simpanan itu penuh, najis berkenaan akan dialirkan keluar
ke kawasan yang dikhaskan.
Jelasnya, sisa itu pula boleh
digunakan sebagai baja yang mempunyai kualiti yang baik.
Menurutnya, dalam usaha
memanfaatkan teknologi itu pihaknya merancang menggunakannya bagi membekalkan
gas memasak dan elektrik di seluruh JPHPT Keningau.
"Pada masa akan
datang kita berhasrat memastikan lampu dan juga gas memasak yang digunakan akan
menggunakan sepenuhnya kaedah berkenaan," katanya.
Sementara itu kakitangan
projek berkenaan, Eric Sarabi berkata, pengurusan projek berkenaan amat mudah
dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan