Golongan
remaja kini dikatakan semakin melupakan
Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman
sosial lain seperti Instagram,
Twitter serta WhatsApp.
Kajian Global Social
Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook.
Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan.
Menurunnya populariti
Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi
terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa
menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas.
Kajian membabitkan
remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja
enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter,
Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat.
Fenomena ini tidak
hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah
tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.
Sumber : Berita
Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan