Sedikit catatan yang aku peroleh dari ‘Pendrive’ Allahyarham ayahanda tercinta yang telah
kembali ke rahmatullah.Aku sengaja mengekalkan ejaan dalam cerita ini
berdasarkan gaya penceritaan beliau sendiri sebagai orang lama yang lahir
sebelum merdeka.
SEKOLAH RAKYAT RAMBONG BAHAGIAN AKHIR
KEBAKARAN :
Pada malam 27 haribulan Rejab bersamaan 15hb.Mei 1950 jam 9.00 malam berlakulah
satu terajidi yang amat menyedihkan kami murid-murid Sekolah Melayu Rakyat
Rambong, tempat kami menuntut ilmu untuk kesejahteraan dunia juga di akhirat
telah terbakar, terbakar atau dibakar hanya Allah yang mengetahui, tetapi
seluruh penduduk kampong mengatakan bahawa sekolah kami dibakar.Siasatan Polis
juga mengatakan bahawa sekolah kami dibakar .Aku tidak ketahui siapa yang
membakar , hanya aku berharap semoga Allah mengampunkannya jika ada orang yang
membakarnya pun jika dia beriman. Aku hanya akan menceritakan peristiwa
kebakaran itu yang mana aku juga turut membantu untuk memadamkan api, Ceretanya
seperti berikut:
Pada malam berlaku kebakaran tersebut aku dan kawan-kawan sedang bermain TO di
halaman hadapan masjid sedang Allah Yarham Ayah Hj.Bakar sedang membaca kitab
Kifayatul Muhtaj qesah Israk dan Mikraj Nabi s.a.w. Kalimah-kalimah yang
dibacakan oleh ayah Hj.Bakar masih aku ingat “ Kemudian didatangkan dengan
borak daripada Syurga yang berpelana lagi berkekang maka iaitu suatu binatang
yang puteh.” Tiba-tiba terdengar suara orang menjerit.. Api…Api…sekolah
terbakar.. sekolah terbakar. Semua orang-orang yang berada didalam masjid terus
bangun meluru kearah sekolah yang sedang dijilat api menjulang, malang tiada
apa yang dapat diselamatkan lagi , ungun api begitu pantas menjilat kerangka
sekolah. Peralatan sekolah, buku-buku bacaan semua menjadi
arang,dukumen-dukumen penting berkaitan sekolah semuanya musnah dijilat api
Cuma beberapa buah meja dan bangku panjang yang dapat diselamatkan itupun kesan
bakarannya masih kelihatan. Itulah kesahnya wahai kawan-kawan peristiwa itu
akan melekat dibenak aku,apa tidaknya setiap menjelangnya malam 27haribulan
Rejab setiap tahun akan terbayanglah dimata aku ungun api yang menjulang
melepasi pohun durian yang berhampiran.
= 5 =
Keesokan harinya iaitu pada 16hb.Mei 1950 seperti kebiasaan , kami tetap datang
ke sekolah bukan hanya kami murid-murid sahaja yang datang malah seluruh
penduduk kampong turut datang untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku. Pagi
itu semua penduduk bergotongroyong membersih kawasan sekeliling ,berhampiran
sekolah terdapat pokok rambutan manggis dan durian dibawah pokok-pokok inilah
disusun meja dan bangku panjang untuk kami belajar buat sementara, dua minggu
kami belajar dibawah pokok yang kadangkala sinar matahari memancar diatas
kepala, pun begitu nasib kami masih baik kerana pada waktu itu bukan musim
hujan. Minggu kedua ketika kami sedang belajar dua orang pelawat datang menemui
ce'gu ,ce'gu memperkenalkan kepada kami mereka ini ialah orang surat khabar
dari Pulau Pinang (Wartawan Dari Warta Negara Akhbar Tulisan Jawi) dua hari
kemudian ce'gu menunjukan kepada kami gambar-gambar kami sedang belajar dibawah
pokok rambutan disiarkan didalam surat khabar WARTA NEGARA, gambar-gambar
tersebut aku simpan malangnya habis dimakan lipas.Pada waktu itu terlintas
dihatiku bahawa aku akan menjadi seorang wartawan suatu hari nanti. Memang pun
hajat aku tercapai ,pada awal tahun 1960 an aku bekerja sebagai wartawan setelah
aku mengikuti kursus kewartawanan corespondens school(Native Translation
Cervice) di Kuala Lumpur.
sekian tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan