Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau
kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa
kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting
beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada
(1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat
dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang
disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.
Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan.
Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik
membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara
sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak
terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin
kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara
serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada
tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin
ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan
kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan
pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan