Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg
telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna kelabu yang
sama setiap hari - dan logik beliau di dalam jawapan ini boleh
membuatkan anda terfikir untuk mengambil semula masa yang telah anda
habiskan di hadapan cermin.
Dalam satu sesi soal jawab semalam, Zuckerberg ditanya "kenapa kamu memakai baju T-shirt sama setiap hari?".
"Saya
benar-benar mahu membuatkan hidup saya jelas supaya saya hanya perlu
membuat sedikit keputusan dalam semua perkara kecuali bagaimana untuk
berkhidmat dengan terbaik untuk masyarakat", jawabnya sambil menjelaskan
dia mempunyai beberapa helai baju yang sama.
Zuckerberg
berkata walaupun membuat keputusan yang kecil, seperti apa yang perlu
dipakai setiap hari, atau apa yang hendak dimakan pada waktu pagi, sama
seperti cukai bagi otak- dan dia tidak sanggup membazirkan tenaga untuk
membuat perkara seperti itu.
"Saya merasa
sangat bertuah kerana berada di posisi sekarang ini dimana saya bangun
setiap hari dan berkhidmat kepada satu billion orang", sambung
Zuckerberg.
"Dan saya merasa seperti tidak
melakukan kerja jika saya membazirkan tenaga melakukan perkara bodoh
atau remeh temeh didalam hidup saya", katanya lagi. - Nakbebel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan