Halaman

2 Mei 2015

Nur Nordin




Sumber : Harian Metro

Kuala Lumpur: Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia 
di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah
 di United Kingdom selepas 
didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.
Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik
Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video dan
selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya 
paling keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.
Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak mengaku
bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar
gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.
Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pasukan
penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu 
memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.
Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park
di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya
terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.
Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 imej 
tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka
menyiasatalat-alat elektronik milik tertuduh.
Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun 
dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas
tamat menjalani hukuman.
Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata, Nordin 
didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling 
melampau yang pernah dilihat oleh polis di negara itu.
"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan saja memiliki
 gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai," katanya. 
- Mirror.co.u


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 12:17 AM




NUR Nordin dipenjara lima tahun.
-

Tiada ulasan:

Pengikut