Halaman

17 Nov 2015

Cerita Tahi Lembu



Suatu pagi saya ke sebuah daerah  di kawasan pedalaman  atas urusan kerja. Di pertengahan jalan saya terserempak dengan sekawan lembu berkeliaran di bahu jalan.Malangnya najis lembu tadi seolah-olah  bom periuk api.Bertompok dan bertaburan di atas jalan.Saya tiada pilihan.

Tiada ruang untuk mengelak.Kenderaan saya  melanyak najis tersebut tanpa sumpah seranah seperti segelintir rakyat kita.Semerta terlintas di fikiran, 'Kisah Pelayaran Munsyi Abdullah' 1838 yang pernah saya baca.Beliau telah menulis tentang tabiat  orang Melayu memelihara haiwan ternakan.Ayam itik dibiarkan berkeliaran bebas di kawasan rumah.Najis bertompok di atas tangga , bawah rumah.Lembu bebas meragut tanaman orang lain.Melepas najis di merata-rata tempat hingga ke jalan awam.Itu cerita Munsyi Abdullah 177 tahun yang lalu.

Malangnya kita masih belum berubah dan mahu berubah. Entah di mana silapnya kita.Kemudahan kelas dunia cuma kadang-kadang pemikiran masih kelas tiga.Kita sudah berada di abad ke-21.Seharusnya pemikiran kita juga telah lama menjadi warga kelas negara maju.  

Tiada ulasan:

Pengikut