Halaman

5 Feb 2016

Apa itu Merkuri (Siri 1)

Apa itu merkuri ?

Merkuri atau raksa merupakan satu-satunya logam berat berwarna
putih keperakan dalam bentuk cecair dalam suhu bilik.
Ia cukup berbahaya dan beracun. 
Ia yang terbahagi kepada beberapa bentuk, juga lebih dikenali dengan simbol kimianya Hg.
Merkuri metalik boleh diperoleh dalam bentuk cecair logam yang berkilat, putih keperakan dan tanpa bau.
Sebagai cecair ia digunakan sebagai termostat, termometer dan suis. 
Jika dipanaskan hingga suhu 357û Celsius, ia akan menjadi gas tanpa warna dan bau.
Raksa akan bertukar menjadi pepejal pada suhu kurang 39û Celsius.
Ia terdapat secara semula jadi dalam bijih sinabar. Raksa sedia digunakan dengan memanaskan bijih sinabar di dalam udara. Logam ini digunakan di dalam termometer, tiub katod dan penyalut cermin.
Jenis-jenis merkuri:

- Unsur asli

- Sebatian tidak organik - merkuri klorida
- Sebatian merkuri organik - garam bukan organik.
A. Merkuri unsur asli:

Cecair merkuri dan mengeluarkan wap pada suhu bilik. Wap ini boleh dihidu, masuk ke paru-paru dan terus ke aliran darah. Ia juga boleh masuk melalui kulit.

Bagaimanapun, jika tertelan, ia tidak diserap dalam perut dan biasanya ia dikumuhkan dari tubuh.
B. Sebatian bukan organik:

Ia boleh dihidu dan diserap melalui paru-paru dan kulit. Sebatian jenis ini boleh diserap melalui perut jika tertelan. Kebanyakan sebatian jenis ini agak memedihkan jika terkena pada kulit, mata dan mukus membran.


C. Sebatian organik:


Ia boleh masuk ke dalam tubuh melalui tiga laluan utama, paru-paru, kulit dan perut.

Individu yang berisiko tinggi:

- Wanita hamil

- Janin

- Kanak-kanak.

Disesuaikan dari sumber asal : utusan.com.my


Tiada ulasan:

Pengikut