Halaman

28 Sep 2017

Cara Berpindah Ke Sekolah Baru

Jika anak anda masih berSEKOLAH RENDAH


(1) Isi 4 salinan borang PUA275 (Dapatkan borang di sekolah anak anda sedang bersekolah sekarang) – borang mesti ditandantangi oleh Guru Besar  & ada cop sekolah



(2) Kepilkan 2 salinan Sijil lahir murid & 2 salinan KP ibu dan bapa

(3) Kepilkan 2 salinan sijil nikah Ibu Bapa/ Surat cerai jika ibu bapa berpisah
(4) Kepilkan 2 salinan surat hak penjagaan anak jika ibu bapa bercerai(Jika tiada dapatkan pengesahan daripada JKKK atau pesuruhjaya sumpah menyatakan anak berada di bawah jagaan tuan/puan)


(5) Bawa kesemua dokumen di atas (1 - 4) ke Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) di daerah mana anda hendak sekolahkan anak anda.



Jika anak anda berSEKOLAH MENENGAH


(1)Isi 4 salinan borang PUA275 (dapatkan borang di sekolah yang anak sedang bersekolah sekarang) – borang mesti ditandantangi oleh pengetua sekolah & ada cop sekolah



(2) Kepilkan 2 salinan IC Pelajar & 2 salinan IC IbuBapa



(3) Kepilkan 2 salinan sijil nikah Ibu Bapa/ Surat cerai jika ibu bapa berpisah

(4) Kepilkan 2 salinan surat hak penjagaan anak jika ibu bapa bercerai(Jika tiada dapatkan pengesahan daripada JKKK atau pesuruhjaya sumpah menyatakan anak berada di bawah jagaan tuan/puan)


(5) Kepilkan 2 salinan sijil keputusan PT3 jika anak anda akan memasuki tingkatan 4 ketika masuk sekolah baru (jika berpindah pada hujung tahun)*



(5) Bawa kesemua dokumen di atas (1 - 4) ke Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) di daerah mana anda hendak sekolahkan anak anda.



*Jika berpindah sebelum peperiksaan, atau jika anak anda berada di tingkatan 1 atau 2 atau baru nak masuk tingkatan 3 pada tahun hendak masuk sekolah baru, kepilkan sijil keputusan UPSR



Berapa lama proses kelulusan pertukaran ?

Biasanya mengambil masa antara 1 hingga 3 hari untuk kelulusan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah. Tuan/puan akan dihubungi oleh PPD untuk mendapatkan surat pertukaran sekiranya telah siap diproses.

Bagaimana sekiranya sekolah yang dimohon penuh ?
Anak tuan/puan akan diberi pilihan untuk memilih sekolah berdekatan.


Info lanjut tukar di UNIT SR JPNT

Tiada ulasan:

Pengikut