Suatu hari nama Dr Abdul Munim Sombat Jitmoud, seorang Pengetua Sekolah Agama Islam di AS dan pendakwah mendapat liputan dan menjadi sebutan media massa termasuk CNN, Independent dan Daily Mail. Beliau telah memaafkan pembunuh anaknya. Suatu perbuatan yang sukar dilakukan oleh sesiapa pun. Kata beliau, Islam mengajarnya untuk menjadi seorang yang pemaaf meskipun berdepan ujian paling getir dalam hidupnya.Moralnya beliau telah menjadi contoh dalam kalangan bukan muslim bahawa beliau lelaki Islam yang berhati suci dan mulia.Sanggup memaafkan perbuatan orang yang membunuh anaknya. Perbuatan maaf juga telah mengikat silaturrahim antara dua keluarga berlainan agama.
Lagi cerita Dr Abdul Munim di Bangka Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan