Halaman

27 Jun 2018

Bijan

Beg jenama Bijan perlu ditempah jika seseorang ingin memilikinya kerana beg tersebut adalah dari jenis buatan sendiri (custom made) dan tidak dijual di pasaran terbuka.

Berdasarkan carian di Google, jenama Bijan diasaskan oleh seorang ahli perniagaan bernama Pakzad Bijan yang menetap Los Angeles.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Bijan adalah butik yang termahal di dunia dan pelanggan yang berkunjung ke gedung tersebut bukanlah calang-calang orang.
Antara pelanggan popular Bijan yang dapat dikenal pasti, kata akhbar itu adalah terdiri daripada Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan serta Bill Clinton.

Raja Salman yang merupakan pemimpin Arab serta Tony Blair dan Vladimir Putin yang cukup terkenal dalam dunia politik turut menjadi pelanggan butik tersebut yang juga menyediakan koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi serta kasut.


Disesuaikan dari sumber : malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Pengikut