Dua anggota
tentera maut dihempap pokok dalam satu operasi di Hutan Royal Belum. Takziah
kepada keluarga mangsa yang terlibat.Risiko sebagai anggota tentera yang sentiasa terdedah dengan ancaman sama
ada di hutan mahu pun di bandar. Berpisah dari keluarga kerana menunaikan
tanggungjawab kepada negara. Tidur di hutan belantara bertemankan nyamuk dan
pacat yang sentiasa ketagihan darah. Tidur hanya beralaskan hemok dan
berbumbungkan poncho serta berlaukkan makanan segera. Bukan setakat musuh, pokok
besar tetapi binatang buas dan serangga berbisa juga menjadi ancaman. Terpisah
daripada dunia luar hanya semata-mata menjalankan tugas dan tanggungjawab
menjaga sempadan negara dari diceroboh.. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas
roh-roh mereka yang terkorban. Anda adalah wira kami yang telah mengorbankan
diri untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Ketika kita sedang
tidur di kamar berhawa dingin, mereka tidur dalam khemah dengan segala
kekurangan. Hati dan Doa kami sentiasa bersama anda. Hargailah perajurit kita
yang bertugas menjaga keselamatan negara. Tanpa mereka siapalah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan