Halaman

25 Nov 2018

Kenali Pinjaman Ah Long

Hasil carian imej untuk ah long


1. Modus operandi - menampal iklan di tiang2 dan edar risalah tentang pinjaman dan disertakan nombor telefon sahaja. Baik anda lupakan.

2. Ah long bersikap agak agresif - mereka akan memaksa anda untuk membuat pinjaman. Hati-hati dengan perangkap sebegini.

3.Mereka mengenakan kadar pinjaman yang tinggi dan tidak munasabah.Purata kadar faedah untuk pinjaman peribadi bank (dan juga Pemberi pinjaman wang berlesen) adalah antara 12% hingga 16% setahun. Paling tinggi pun 18%.Sekiranya pakej pinjaman yang ingin anda buat lebih tinggi dari kadar tersebut, lebih baik anda cari alternatif.

Walaupun syarikat yang mempunyai lesen Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW) telah ditetapkan perlu mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang (1951), banyak syarikat pinjaman berlesen yang tutup sebelah mata dengan akta ini.
Akibatnya kadar faedah pinjaman peribadi yang dikenakan adalah lebih tinggi dari yang ditetapkan oleh Bank Negara.
Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan syarikat pinjaman wang berlesen. Agensi pinjaman berlesen adalah pilihan untuk mereka yang telah disenaraihitam oleh bank.
Cuma pastikan anda berhati-hati ketika melakukan survey untuk meminjam pinjaman peribadi. Jangan terjebak dengan lintah darat atau ah long!

Semak syarikat Pemberi Pinjam Wang Berlesen di pautan  KPKT.gov.my

atau ketahui kelayakan pinjaman anda di Ringgit Plus CPL

Tiada ulasan:

Pengikut