Sehari dua ni trending pasal lobak Merah@Carrot. Dalam dunia politik pelbagai perkara luar jangka boleh berlaku. Ok kita tinggalkan bab tu.Hari ni aku nak kongsikan khasiat Lobak Merah.
1. Mengurangkan Risiko Barah
Di
dalam lobak merah terkandung hidrat arang, fosforus, beta kerotin yang
menjadikannya sangat baik untuk kesihatan tubuh. Kandungan beta kerotin,
dipercaya berkesan untuk mencegah tubuh dari serangan barah. Kajian
menunjukkan, orang yang memakan lobak merah 2 kali sehari, dapat menurunkan 17
% risiko penyakit barah payudara.
Sebuah
kajian menunjukkan risiko payudara 1/3 lebih rendah dari tikus yang memakan
lobak merah.
2.
Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Memakan
6 biji lobak merah dalam seminggu, menurut kajian universiti Harvard baru-baru
ini, dapat mengurangi risiko kolesterol tidak baik dalam tubuh, yang dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalam lobak merah juga
membantu menurunkan tekanan darah tinggi, yang dapat menggalakkan penyakit
jantung.
3. Mencegah angin akhmar atau Strok
Kajian
yang dilakukan di Harvard menunjukkan bahawa pengambilan enam lobak merah satu
minggu dapat mengurangkan risiko penyakit strok atau angin akhmar dibandingkan
dengan orang yang hanya mengambil satu biji sebulan.
4.
Baik Untuk Kesihatan Mata
Lobak
merah kaya akan kandungan beta-kerotin, yang diubah menjadi vitamin A dalam
hati. Vitamin A ditransformasikan dalam retina, untuk rhodopsin, pigmen ungu
yang diperlukan untuk mempertajam penglihatan di malam hari.
Beta-kerotin
juga telah dapat melindungi dari degenerasi makula dan katarak yang merupakan
salah satu masalah kesihatan mata yang sering terjadi pada orang tua. Sebuah
kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil beta-kerotin memiliki risiko 40%
lebih rendah dari degenerasi makula dibandingkan dengan mereka yang tidak
mengambilnya.
5. Baik Untuk Kesihatan buah pinggang
Sifat
penyembuhan dalam jus lobak merah sangat membantu untuk membersihkan dan
menyaring buah pinggang. Meskipun pakar mengatakan bahawa orang dengan penyakit
buah pinggang tidak boleh minum jus, ternyata lain halnya dengan lobak merah,
sayuran ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
Sumber : https://www.suria.my/sensasi/gaya/5-kebaikan-lobak-merah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan