Halaman

26 Okt 2019

Bajet 2020

Bajet 2020 dikenali sebagai Bajet "Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama".

Ini merupakan bajet kali kedua yang dibentangkan oleh kerajaan PH.

Berikut adalah perkara utama yang diumumkan YB LGE untuk Belanjawan 2020:
-Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. 
-Bantuan Khas Kewangan RM250  untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.
-RM330 juta diperuntukkan untuk membaiki dan menyelenggara kuarters penjawat awam.
-RM150 juta untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).
-RM250 juta untuk kuarters PDRM.
-Bayaran secara one-off RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

-Semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan.

-Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020.

-Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

-Faedah Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.

-Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

-Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai.


-Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

-Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana penjawat awam.

-RM50 juta diperuntukkan kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi menambahbaik prosedur dan kemudahan tahanan, khususnya pemasangan 11,500 kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahanan polis dan pintu masuk imigresen.

-Kerajaan akan menambah 100 orang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2020.

-Mulai Januari 2021, Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) untuk semua perniagaan atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.

-Tribunal Rayuan Cukai akan ditubuhkan daripada penggabungan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan Tribunal Rayuan Kastam.

-Kadar cukai pendapatan PKS telah dikurangkan kepada 17% pada 2019 dan had 
pendapatan bercukai akan dinaikkan kepada RM600 ribu.

-Banjaran baharu bagi pendapatan bercukai melebihi RM2 juta akan diperkenalkan dan dikenakan cukai pada 30% (berbanding 28% sekarang).

-Defisit fiskal sebanyak 3.7% dicatat pada tahun 2018 dan diunjur mencapai sasaran defisit 3.4% pada tahun 2019.

-Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menerbitkan bon Samurai pada awal tahun depan, di mana saiznya akan ditentukan selepas perbincangan lanjut dengan JBIC.

-Kerajaan telah  mengurangkan kadar nisbah hutang dan liabiliti negara berbanding KDNK daripad 79.3% KDNK pada tahun 2017 kepada 75.4% pada tahun 2018.



Sumber :https://www.mstar.com.my


Tiada ulasan:

Pengikut