Halaman

27 Okt 2019

Pengiraan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

Pengiraan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat



Pengiraan GCR
Kredit Foto :pendidik2u.my
Bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, menurut Peraturan-Peraturan Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993, telah memperuntukkan pembayaran Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR. Ini merujuk kepada  cuti rehat yang tidak dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dan terkumpul mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan pekeliling yang berkenaan.
Kaedah pengiraannya adalah seperti berikut:
1/30 X [gaji pokok + imbuhan tetap] X jumlah cuti rehat yang terkumpul sehingga 150 hari.
Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri. Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993 membayar Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat kepada pekerja-pekerjanya.
Terbaru: Dalam pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan telah mengumumkan:Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun;
GCR 75 HARI
Ini bermakna, anda boleh menebus awal GCR maksima 75 hari dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.


Tiada ulasan:

Pengikut