Halaman

26 Okt 2019

Cerita Si Tanggang atau Malim Kundang Moden.

Apa dah jadi. Lebih teruk dari cerita Si Tanggang atau Malim Kundang.
Harga ibu cuma RM3
Di Jakarta Indonesia, seorang anak tergamak untuk menjual ibunya sendiri sebanyak 10,000 rupiah atau RM 3 sahaja melalui facebook. Hanya kerana ibunya yang uzur dan menghidap penyakit serta menyusahkan hidup gadis tersebut.

Dia turut melontarkan kata-kata kesat terhadap ibunya dan menyamakan wanita itu dengan haiwan.

???Berbeza dengan ibu bapa saya, mereka memberi alasan sakit dan pening kepala. Kalau berpenyakit, lebih baik mati kerana menyusahkan anak,??? tulisnya.

Imej tangkap layar status tersebut kini tular di kebanyakan media sosial walaupun akaun Facebooknya didapati sudah dipadamkan. 
Kredit foto : hmetro.com.my
Rata-rata netizen mengecamnya sebagai anak durhaka dan tidak mengenang budi.

Menurut akhbar Surya Malang, polis Blitar, Jawa Timur kini sedang menyiasat akaun facebook miliknya selepas menerima aduan daripada orang ramai yang jelik dengan perbuatannya.

Tanpa ibu bapa, siapalah kita di dunia ini.Semoga dia insaf dengan perbuatannya.

Tiada ulasan:

Pengikut