Sudah jadi tabiat kalau sesuatu benda diperoleh dengan percuma, orang akan berpusu-pusu berebut-rebut macam semut menghurung gula.
Itulah yang berlaku kepada 69 orang penduduk Tanzania yang terbunuh semasa cuba mencuri minyak dari sebuah lori tangki yang terbabas.
Ketika penduduk tempatan berebut mengambil minyak, kenderaan tersebut secara tiba-tiba meletup.
Beberapa orang saksi mendakwa seorang mangsa cuba mengeluarkan bateri lori dikatakan punca kejadian letupan tersebut.
Namun ada saksi lain berkata punca nahas akibat seorang lelaki menghisap rokok sambil mengisi botol dengan minyak menyebabkan lori tangki tersebut meletup.
Rakaman video tular menunjukkan orang ramai membawa baldi dan botol untuk mengambil minyak yang bocor dari lori tangki itu sebelum letupan tersebut berlaku.
Seorang saksi Daniel Ngogo yang melihat kejadian tersebut dipetik Mail Online berkata ,
"Ramai yang mati, termasuk mereka yang tidak mencuri minyak kerana kawasan ini amat sibuk"
"Api begitu marak dan sukar menyelamatkan mangsa kerana terlalu cepat merebak di sekitar kawasan nahas"
Kejadian yang hampir sama berlaku di Nigeria tengah bulan lalu melibatkan seramai 45 orang maut dan lebih 100 orang cedera selepas sebuah tangki minyak terbabas.
Mencuri adalah perbuatan yang tidak bermoral. Namun orang melihat itu satu rezeki yang tidak perlu dibayar sesen pun sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri.
Sumber :hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan