Halaman

3 Mac 2020

Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar


BAYARAN BALIK CUKAI LEBIH PANTAS - LHDNM menjanjikan proses pembayaran balik lebihan bayaran cukai lebih cepat pada tahun ini. Ini semua dapat dilakukan sekiranya pembayar cukai memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan e-Filing, memastikan maklumat seperti nama dan Nombor Kad Pengenalan di bank sepadan dengan rekod di LHDNM dan mengisi maklumat akaun bank dengan tepat.
Pelaksanaan kaedah pembayaran balik lebihan bayaran cukai melalui kaedah Pindahan Dana Secara Elektronik (Electronic Fund Transfer @ EFT) oleh LHDNM memungkinkan masa pemprosesan bayaran balik lebihan cukai dipendekkan kurang daripada 30 hari bekerja seperti yang terkandung di dalam piagam pelanggan LHDNM. Semua proses berkaitan akan dilakukan secara dalam talian (online) dan seterusnya bayaran balik tersebut terus dikreditkan ke akaun bank pembayar cukai seperti yang diisytiharkan dalam BNCP.
Bilangan ini masih kurang daripada sasaran LHDNM akibat pelbagai faktor seperti:
i. Pembayar cukai enggan / masih ragu-ragu untuk mengisytiharkan maklumat akaun bank mereka dalam BNCP;
ii. Akaun bank yang diisytiharkan oleh pembayar cukai dalam BNCP mereka tidak sah, tidak aktif, telah dibekukan atau telah ditutup;
iii. Maklumat seperti Nama atau Nombor Kad Pengenalan atau Pasport yang diisytiharkan kepada LHDNM tidak sama dengan rekod yang didaftarkan di bank;

Anda adalah dinasihatkan mengguna sistem e-Filing dalam mengisytiharkan cukai pendapatan dan mengisi maklumat akaun bank dengan tepat dalam ruangan yang telah disediakan.

Sumber : Facebook LHDNM

Tiada ulasan:

Pengikut