Halaman

3 Mac 2020

Bayaran Balik Cukai Pendapatan


Keadaan Wujud Bayaran Balik
Bayaran balik cukai wujud apabila:
  1. Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,
  2. Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau
  3. Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.
Cara Menuntut Bayaran Balik
Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar cukai dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima bayaran balik, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau isikan Borang Maklum Balas Pelanggan http://maklumbalas.hasil.gov.my/ atau melalui panggilan telefon ke Hasil Care Line melalui talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN).
Menggunakan Baki Kredit Untuk Membayar Baki Cukai Tahun Semasa
Sekiranya akaun anda menunjukkan terdapat lebihan kredit bagi tahun sebelum tahun taksiran anda boleh membuat permohonan untuk menggunakan kredit tersebut bagi membayar cukai tahun semasa. Permohonan untuk set off boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada unit pungutan di cawangan di mana fail fizikal anda berada sebelum 30 April.

Tiada ulasan:

Pengikut