Thailand
bertukar Perdana Menteri lagi.
Srettha
Thavisin dilucutkan jawatan PM.
Mahkamah
memutuskan beliau telah melanggar perlembagaan apabila melantik individu yang
tidak mempunyai integriti moral dalam kabinetnya.
Kini jawatan
itu disandang oleh Paetongtarn Shinawatra, anak bekas PM Thailand Thaksin.
Beliau yang berumur
37 tahun merupakan PM termuda dilantik
ke jawatan tersebut lebih muda daripada ibu saudaranya Yingluck.
Politik Thailand penuh warna warni.
Dalam sejarah politik
Thailand terdapat lapan kudeta oleh tentera.
Antaranya termasuklah;
1.Revolusi Siam
(1932)
Kudeta ini
menandakan peralihan dari monarki mutlak ke monarki konstitusional atau raja
berpelembagaan.
Dikenali sebagai kudeta pertama, sekumpulan tentera
yang digelar "Empat Musketeers" menggulingkan Raja Prajadhipok.
2.Kudeta 1947
Tentera
menggulingkan pemerintahan Laksamana Thawal Thamrong Nawasawat yang terlibat
dalam skandal dan korupsi.
3.Kudeta 1951
Tentera kembali
mengambil alih dengan melantik Phibunsongkhram sebagai Perdana Menteri, setelah
membubarkan parlimen.
4.Kudeta 1957
Jenderal Sarit
Thanarat menggulingkan pemerintahan Pote Sarasin yang hanya bertahan 102 hari.
5.Kudeta 1971
Thanom
Kittikachorn melakukan kudeta atas pemerintahannya sendiri untuk menghapuskan
ideologi komunis yang berkembang.
6.Kudeta 1991
Kudeta ini
berhasil menggulingkan Perdana Menteri Chatichai Choonhavan dan mengakibatkan
pembentukan Dewan Perdamaian Nasional (NPKC).
7.Kudeta 2006
Tentera
menggulingkan pemerintahan Thaksin Shinawatra yang membawa ketegangan politik berpanjangan.
8.Kudeta 2014
Terjadi ketika
berlaku ketegangan politik antara dua kumpulan, tentera kembali mengambil alih
kekuasaan di bawah pimpinan Jenderal Prayut Chan-o-cha.
Mengapa Kudeta sering
berlaku?
Kudeta di
Thailand sering kali berlaku kerana ketidakpuasan terhadap pemerintahan sivil,
dengan tentera memiliki alasan kuat untuk melindungi monarki dan kestabilan
negara.
Para pemimpin
tentera merasa berhak untuk campur tangan dalam politik apabila mereka melihat
adanya ancaman terhadap kepentingan mereka atau monarki.
Kudeta ini menciptakan kitaran ketidakstabilan politik apabila tentera sering kali kembali memegang tampuk kuasa apabila tempoh pemerintahan sivil yang penuh konflik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan