Halaman

Memaparkan catatan dengan label Pejuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pejuang. Papar semua catatan

1 Okt 2011

Peristiwa Padang Kacung

Penentangan di Terengganu HAJI ABDUL RAHMAN LIMBUNG

Pengenalan

Usaha British meluaskan kuasanya di Terengganu menyebabkan rakyat bangkit menentang British antara tahun 1922-1928. Kebangkitan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca kebangkitan rakyat Terengganu adalah pelaksanaan sistem pentadbiran dan undang-undang bercorak Barat dan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai tanah dan pas kerajaan untuk membuka tanah dan mengambil hasil hutan. Pemimpin ulama penentangan ini ialah seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman Limbong. Penentangan ini bertumpu di Hulu Telemong, Kuala Telemong, Kuala Berang, Alor Limbat dan Tersat.

Kebangkitan tahun 1922 dan 1925

Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan ini bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada Kerajaan British. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.

Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang undang-undang British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang telah membersihkan tanah kawasan Kuala Telemong untuk bercucuk tanam. Tanah itu adalah kepunyaan Tengku Haji Nik (200 ekar) dan tanah kerajaan yang terbiar (400 ekar). Mereka membersihkan tanah itu tanpa meminta pas kebenaran daripada kerajaan kerana Tengku Haji Nik sendiri yang meminta mereka mengerjakan tanah itu. Kebangkitan ini mendapat sokongan yang kuat daripada ramai rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut.

Kebangkitan tahun 1928 


Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong pada tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang.

Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam (Telemong), Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pas kebenaran dari pihak British. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Menurut buku “Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu”, karangan Timah Hamzah, kira-kira 1000 orang penduduk berkumpul di Tersat, Hulu Telemong pada 21 Mei 1928 dengan tujuan untuk memulakan peperangan terhadap orang kafir.

Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai British di Kuala Berang terpaksa berundur ke Kuala Terengganu.

Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan British telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis itu telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah melepaskan tembakan. 


Dengan bantuan polis tambahan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British dapat memadamkan kebangkitan rakyat Terengganu. Semua pemimpin yang terlibat ditangkap dan dipenjarakan iaitu Haji Zakaria 7 tahun; Abu Bakar Chinting 10 tahun; Abdullah Jurukka 10 tahun; Mat Tok Pitas 5 tahun dan Lebai Hassan 5 tahun. Penghulu Salleh Pasir Nyior pula telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong juga didapati bersalah tetapi beliau tidak dihukum penjara. Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Sebab Haji Abdul Rahman Limbong tidak dipenjarakan ialah beliau dianggap sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh dan kehadirannya akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan terhadap British. Selain itu, British juga tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan penyokong-penyokong beliau sekiranya beliau dihukum penjara. Beliau dihantar ke Makkah juga disebabkan beliau berhasrat pergi ke tanah suci untuk mendalami dan mengajar agama Islam. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929.

27 Nov 2007

Tok Janggut Pahlawan Terbilang


Sejak di bangku sekolah rendah aku sentiasa tertanya2 mana gambar Tok Janggut..Pejuang agama ,bangsa dan negara yang digelar pemberontak masa aku belajar sejarah di sekolah rendah....


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di KelantanTanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV yang mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut.[1][2] Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
·         cukai tanah
·         cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
·         cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
·         kelapa sebanyak 3 sen setandan
·         sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran JeramPasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun-temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal dari luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan. [3]
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat dan keadaan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut. Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa. [4]
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan yang didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. [5]
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. [6] Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan yang membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun).[7] Tengku Abdul Ja'far yang sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat KilauTok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Kesemua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di TerengganuKelantan dan Siam apabila British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Sumber : wikipedia

Pengikut