Halaman

Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

17 Nov 2015

APDM

Aplikasi Pengkalan Data Murid




apdm.moe.gov.my


Makluman Kepada Semua

PERHATIAN: Sekiranya maklumat murid tidak dipaparkan(kosong) atau mesej kelas belum ditetapkan, sila klik disini untuk bantuan
1.Maklumat pelajar Pra Sekolah tidak perlu didaftar masuk di APDM. Sila daftar maklumat tersebut di Sistem Maklumat Pra Sekolah Kebangsaan (SMPK).
2.Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.
3.Kehadiran murid bagi semua sekolah adalah menerusi modul Pengurusan Murid (PM).
4.Muat turun Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 : Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014.
5.Muat turun 'Garis Panduan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) '
6.Muat turun 'FAQ modul Pengurusan Murid (PM)'
7.Muat turun surat arahan 'Pelaksanaan eKehadiran melalui APDM'
8.Muat turun Panduan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi Guru KWAPM
9.Muat turun Surat Kemaskini SPS PKhas
11.APB Biasiswa & KWAPM - Daftar Guru di eOPERASI dan APDM
12.APB KWAPM - Permohonan KWAPM Guru KWAPM
13.APB KWAPM - Permohonan KWAPM Pengetua & GuruBesar
14.APB KWAPM - Pengesahan Permohonan KWAPM PPD

9 Okt 2010

TPM: UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah


Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan tetapi dengan sukatan pelajaran baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan."
Sementara itu, ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkenaan, beliau yang juga adalah menteri pelajaran berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah bermula 2016.

Muhyiddin berkata ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. 

Katanya, satu jawatankuasa penilaian telah dibentuk bagi mengkaji persekitaran semasa PMR dan mendapati penilaian peringkat sekolah lebih sesuai dan menjadi pilihan ramai.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," kata Muhyiddin.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di Sydney.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya. 

Sumber : malaysiakini

Pengikut