Halaman

Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

9 Ogo 2010

Kampung Hanyalah Sejarah



Kampung adalah ingatan masa kecil
tika berlari-lari anak  di bendang kering
menarikan layang-layang.
bermain bola di celah jerami padi

Kampung adalah ingatan masa kecil
Tika mengejar serame di permatang
memukat ikan keli ,belut dan puyu
di celah-celah anak padi
Kampung hanyalah sejarah
yang tak mampu kupunggah
Tika ingatan dan rindu membuak-buak
Sayu menerobos diri tatkala meniti hari-hari tua dalam arus pemodenan

10 Mei 2010

Sajak Guru Oh Guru

Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik aku menjadi insan berguna.

Tema Hari Guru 2010 -"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979






16 Apr 2010

Sajak Ibu

Rakaman pelajar UiTM dan WP. Tayangkanlah pd anak2 dan para pelajar untuk menimbulkan kesedaran. Semoga dapat menanamkan budaya "sesal dahulu" dan menghindar gejala "Si Tanggang Moden". Sebarkanlah kepada rakan taulan.





28 Ogo 2009

Akinoichinichi...


Suatu hari di musim luruh
aku menjejakkan kaki di bumi kyoto
bandar purba legasi Samurai


ketika melangkah ke Shinkunju Temple
fikiranku melayang
terbayang aksi para ninja
bertarung tangkas 1000 tahun lalu
laksana siri cerita Shogun
atau The Last samurai
yang aku tonton di masa kecil
atau Ninja Boy yang menjadi kegilaan kanak-kanak


Kujengah ke tandasnya
yang indah dan bersih
persis tandas VVIP di tanahairku
fikiranku buntu
lantas aku terkenang tandas awam dan masjid
di tanah tumpah darahku
indah khabar dari rupa


ketika kelopak sakura dan ginko berguguran
aku tersentak Misake berbisik
Oki San kita sudah terlewat 3 minit
aku terkedu
Orang Maresia kalau mau maju
mesti tepati waktu
Misake berbisik lagi


Menyusuri lorong shinkunju
singgah di Restoren Shinju
menjamah nasi,tempura dan shushi
Misake berbisik lagi
Waktu makan 15 minit cuma
ku soal mengapa ?
kita ke sini untuk makan bukan bersembang
teringat aku tanah tumpah darahku
di restoran mamak dan pinggir jalan
mereka ber'supper'
hingga lewat malam


Lewat malam ke Nagoya
aku mengucapkan Good Night
Misake melirik senyum sambil berkata
Aku tau maksudmu
tapi biarlah malam ini
kuucapkan Konbanwa
Aku terkedu entah
untuk kali ke berapa...








16 Ogo 2009

Sampan Siapa



Sampan siapa...?
terbiar usang dimamah usia ...
setelah berjasa sekian lama...

sampan siapa...?
menyesakkan mata...
menyakitkan jiwa...


sampan siapa...?
di pantai kita yang indah dan cantik
negeri tersohor budaya menarik

sampan siapa agaknya...?
aku..kau..kita semua....

kerana bukan milik kita..
sampan itu terus di situ...
menanti kempen Jom bersihkan pantai kita...




Ku Temui Dia


Ku temui 'Dia'..................
dalam sebuah pasu bunga...
di tepi jalan raya...

Inilah padahnya ..
kemudahan kelas pertama...
mentaliti kelas 3....

adik-adik yang dikasihi...
cikgu slalu pesan..."buang sampah dalam tong sampah...bukan dalam pasu bunga."
buat remaja yg sedang membesar...
Lupakah kita..Ustaz selalu berkata.."kebersihan tu sebahagian daripada agama"
Kepada yang dewasa.."bumi ini untuk anak cucu kita...
....nasihatkan mereka..
anak-anak kita ...buang sampah di tempat sepatutnya
Usah seperti ketam...
yg menyuruh anaknya berjalan betul....
kepada sesiapa saja..
di seantero dunia..
sebarkan mesej sama..
hijaukan bumi kita.....




Pengikut