Mari menggunakan akal untuk melahirkan suatu keputusan atau perkara, lu fikir lu bagus ka,lu fikir la, kongsi lifestyle info semasa,politik, famili,tip, kesihatan ,humor, bisnes online.fikir lu.
Patuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.Kalau tak nak anda dikenduri oleh binatang2 tu.
Jangan bagi makan binatang tersebut kecuali dengan arahan pihak Zoo.Kalau binatang tercekik kacang yang anda bagi ok jugak.Takut2 harimau tu tercekik anda.Parah tu.
Jangan hampiri kandang terlalu dekat terutama binatang pemangsa seperti harimau ,beruang dan sewaktu dengannya.Kalau tak lihat akibatnya Di ZOO Alaska
Mesti anda pernah baca , dengar dan lihat di media massa ,cetak atau elektronik kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun. Mungkin andaian kita mengatakan dia tak pandai berenang serta pelbagai andaian yang kadang kala tak masuk akal.
Anda pernah dengar KEPALA AIR ?
Mesti anda tanya kembali Apa tu?
Hari ni aku nak kongsi topik Kejadian Kepala Air untuk pengetahuan bersama.
Biasanya lepas Raya atau cuti umum..mesti hampa(Anda) bawak famili, rakan nd the geng,Pak we nd Mk We(yang ni andaian aku semata-mata. Hampa perlu elakkan.. tak baik.. jadi jauhi maksiat )..ke Kawasan Air Terjun...kalau kat Terengganu ni yang famous...Hutan Lipur Sekayu la (Hutan Lipur ini ditutup kepada pengunjung bermula bulan November hingga bulan Mac Tahun berikutnya setiap tahun)
Jadi apa kaitan Kejadian Kepala Air dengan
(Google Hutan Lipur Sekayu untuk lihat keindahannya)
dan air terjun yang seangkatan dengannya ni...
Sebelum tu anda tengok dulu kesan selepas berlakunya kejadian Kepala Air..
Sebelum aku mengulas lanjut...kita kena tau dulu apa tu Kepala Air..
Kepala Air bermaksud aliran air dalam kuantiti yang besar
mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
Bagaimana boleh berlaku ?
Ia berpunca hujan lebat yang berlaku di hulu sungai
Jadi apa bahayanya ?
Aliran air ini sangat besar dan deras.
membawa segala macam kelodak ,batu dan kayu .balak. ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Bagi anda yang sedang mandi di kawasan air terjun
ketika itu nyawa anda bagai telur dihujung tanduk..
peluang anda untuk hidup amat tipis...
kecuali dengan kuasa-Nya....
Jadi apa langkah-langkah yang boleh diambil?
Di sini aku nak bagi petua buat hampa. Sekurang-kurangnya kita semua beringat
dan tidak kehilangan orang tersayang.
Tanda-tanda awal kejadian Kepala Air antaranya :
Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (Kawasan puncak bukit)disertai dengan bunyi guruh yang kuat.(Jadi sebelum mandi tu..dongak sama ke langit menghala hulu sungai..kalau cuaca cerah ...ok la tu boleh mandi..tapi kalau cuaca mendung...cepat-cepat la hampa naik ke darat dan batalkan niat untuk mandi.)
Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba..(kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air )
Siren amaran berbunyi (Kemudahan ni memang ada di kawasan Air Terjun Sekayu) Apabila siren amaran berbunyi cepat-cepat naik ke darat
Kemudahan yang terdapat di Sekayu
Jadi kepada anda yang berkunjung ke Air Terjun atau Lata(kata orang Utara )..sentiasalah beringat ketika mandi bersama keluarga di sana.Aku harap info ni bagi kesedaran kepada adik kakak abang, makcik pakcik ,pak long maklong datuk dan nenek yang berkunjung ke Hutan Lipur... Lagi artikel berkaitan kepala air di WIKIPeDIA