Entri aku kali ini pasal kain sutera.Info ni pun aku dapat dari Suterasongket.com Aku nak kongsi sedikit maklumat berkenaan sutera yang terdapat di pasaran .
Untuk makluman kaum Hawa ,Kain Sutera sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis , antaranya .
Satin - merupakan sutera terbaik . Untuk mengenali sutera jenis ini , perhatikan kainnya ... jika tiada apa2 corak di dalam kain , sudah tentu itu 100% original satin . Ada sesetengah peniaga online menulisnya sebagai satin tetapi anda harus berhati2 .. jika anda inginkan satin asli , anda harus bertanya pada mereka sama ada satin jacquard atau satin original . Ini kerana suterasongket.com pernah ternampak ada peniaga menulis jualan mereka adalah satin sedangkan yang sebenarnya adalah satin jacquard . ( kainnya berkilat tetapi ada bunga kain seperti jacquard ) . Harga satin original mesti RM300 ke atas bergantung pada cara pembuatannya berapa lapis .
Crepe - sutera ini semakin popular kerana tak payah iron , kainnya menggerutu halus ..sedap di pakai untuk kaum perempuan sahaja.
Jacquard - Kainnya ada yang licin dan ada yg sedikit kesat bergantung pada bunga(jacquard) kain kosong sedikit atau byk ,bukan corak yg di canting pada kain .. di suterasongket tiada istilah satin jacquard kerana kain kosong yang berbunga akan di kelaskan di bahagian jacquard .
Chiffon - Kainnya seakan Crepe tetapi jarang , biasanya memerlukan alas di dalam untuk memakainya .
Ryon Jacquard - juga di kenali sebagai Jacquard no 2 , kainnya sedikit keras tetapi masih sedap di pkai dan tidak panas .
Keterangan di atas hanya untuk kelas jenis sutera , belum lagi kelas kain sutera .. Kain sutera kosong yang biasa di gunakan adalah dari jenis .
1- Nan Yu
2- Jiang Su
3- Rumah Tinggi
Cari Batik sarung atau sutera Terengganu di sini