Halaman

22 Apr 2008

Cerita Sejarah Yang Dilupakan


Dalam kesibukan mengejar duniawi luangkan masa sedikit..renungkanlah peristiwa bersejarah di bawah..



Image result for bukit uhud
Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;


(1) mereka melihat tentera Islam telah menang dan musuh lari bertempiaran menyelamatkan diri.

(2) mereka melihat tentera Islam telah tewas dan mayat2 mereka dicincang lumat oleh tentera kafir Quraisy.

(3) mereka melihat mayat tentera Islam telah dimakan ulat atau burung2.

Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w mengatur strategi menyaksikan tentera musuh tewas teruk dengan serangan mereka dapat dipatahkan dari segenap penjuru, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hujanan anak panah dari atas bukit Uhud setiap kali kemaraan mereka.

Malangnya setelah kemenangan seakan pasti, sebahagian besar pemanah ini turun dari bukit Uhud untuk meraikan kemenangan mereka bersama-sama pasukan tempur barisan hadapan.

Ketika mereka dilalaikan dengan harta rampasan perang yang bertimbun-timbun, tentera kafir telah berpatah balik dan membunuh pemanah-pemanah ini sehingga hanya tinggal 10 orang sahaja yang selamat. Mereka ini patuh pada arahan Rasulullah s.a.w dan tidak terpedaya dengan kilauan harta rampasan perang di bawah bukit itu.

Sejarah menyaksikan tentera Islam membayar harga yang cukup tinggi untuk ketidakpatuhan ini. Kisah selanjutnya bolehlah dirujuk dalam kitab-kitab yang muktabar.

Tiada ulasan:

Pengikut