Kali ini aku nak kongsi gambar rumah tradisional yang terdapat di Tanah Melayu suatu masa dahulu.Kebanyakan rumah-rumah ini telah pupus ditelan arus pemodenan.
Rumah Tok Su dan Seri Banai di Kedah.
Rumah Limas di Johor
Rumah Terengganu
Rumah Negeri Sembilan
Rumah Kutai Perak
Rumah Serambi Pahang
Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran. Ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah seperti ini sekarang kerana tiada tukang yang mahir untuk membina rumah seperti ini.
Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan