Halaman

Memaparkan catatan dengan label Info Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Pendidikan. Papar semua catatan

15 Dis 2022

7 teras utama yang akan diberi tumpuan oleh KPM


Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

1.Menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.

2.Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

3.Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.

4.Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan.

5.Memberi fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.

6.Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

7.Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Kementerian akan membuat libat urus bersama dengan agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM.


20 Mei 2017

Portal Untuk Pendidik

Untuk makluman para pendidik :

1. MODUL PENGURUSAN MURID (APDM) : apdm.moe.gov.my

2. ePangkat: epangkat.moe.gov.my


3. SSDM : ssdm.moe.gov.my


4. MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (EMiS): emisonline.moe.gov.my


5. MODUL PENGURUSAN GURU (eOperasi) : eoperasi.moe.gov.my


6. egTukar: epgo.moe.gov.my


7. SISTEM APLIKASI PEPERIKSAAN (SAPS) sapsnkra.moe.gov.my


8. Single sign on (SSO) : sps1.moe.gov.my/indexsso.php


9. eGaji: www.anm.gov.my


10. Pendaftaran tahun satu (1)Public.moe


11. PENARAFAN KESELAMATAN (SPKS): spks.moe.gov.my


12. EgHrmis: hrmis2.eghrmis.gov.my

13. ekasih: ekasih.icu.gov.my

14. eNazir SKPM 2010: enazir.moe.gov.my

15. NKRA: nkra.moe.gov.my

16. Sistem pelaporan disiplin ePIDP: pidp.moe.gov.my

17. ePrestasi: eprestasi.moe.gov.my

18. esplkpm latihan guru : splkpm.moe.gov.my

Harap Maklum

15 Mei 2017

8 Sep 2015

Semakan Keputusan eGTukar

Buat warga guru yang ingin bertukar dalam Daerah , Antara  Daerah dan Negeri , portal eGtukar telah dibuka MULAI 01 HINGGA 30 SEPTEMBER 2016.

Sila KLIK Pautan  


PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2017

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2017 UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED) DIBUKA MULAI 01 HINGGA 30 SEPTEMBER 2016.

29 Mei 2010

Bahasa Melayu



Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. 

Bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Rekod terawal Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. 

Sumber : wikipedia.org

24 Feb 2010

Rumah Tradisonal Malaysia

Kali ini aku nak kongsi gambar  rumah tradisional yang terdapat di Tanah Melayu suatu masa dahulu.Kebanyakan rumah-rumah ini telah pupus ditelan arus pemodenan.
 Rumah Tok Su dan Seri Banai di Kedah.


 
Rumah Limas di Johor 


 
Rumah Terengganu



 Rumah Negeri Sembilan



Rumah Kutai Perak


Rumah Serambi Pahang

Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran. Ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah seperti ini sekarang kerana tiada tukang yang mahir untuk membina rumah seperti ini. 
 
Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran  yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.


Pengikut