Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
1.Menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.
2.Memberi penekanan kepada aspek karamah
insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
3.Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan
multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari aspek malnutrisi,
peranti dan ruang pembelajaran.
4.Memberi perhatian kepada isu keciciran
pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan
yang wujud dapat dirapatkan.
5.Memberi fokus kepada kebajikan guru kerana
guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.
6.Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk
mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif,
terutamanya di Sabah dan Sarawak.
7.Meningkatkan keupayaan pendidikan digital
di sekolah. Kementerian akan membuat libat urus bersama dengan agensi pusat
bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah
KPM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan