Fikir dulu...
Isu beg berat sudah menjadi bualan umum sejak tahun 2007. Sudah sekian lama isu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Negara India dan Australia telah lama mengeluarkan Garis panduan untuk ibu bapa dan guru bagi mengatasi masalah beg berat dalam kalangan murid. Bahkan Singapura sudah lama menetapkan berat beg sekolah tidak boleh melebihi 10 atau 15 peratus daripada berat murid. Ini bermaksud sekiranya berat murid 20 kg dia tidak boleh memikul beg sekolah melebihi 2 atau 3 kg ke sekolah.
Inisatif KPM mengeluarkan garis panduan (SPI Bilangan 8) bagi mengatasi isu beg berat amat dihargai. Pemantauan oleh Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 17 Ogos 2018 , mendapati bahawa beg murid di sekolah khususnya sekolah rendah masih berat.
Antara faktor beg murid masih berat ialah disebabkan mereka membawa keperluan pembelajaran hariannya tidak mengikut jadual waktu persekolahan seperti yang ditetapkan.
Berdasakan kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 punca beg murid masih berat ialah :
1.Murid membawa terlalu banyak buku (Semua buku teks,buku-buku latihan, buku-buku swasta, kamus, buku komik.
2.Botol air
3.Bekalan makanan
4.Alat tulis yang melebihi keperluan
5.Baju sukan atau keperluan pakaian khas yang ditetapkan kepada murid oleh pihak sekolah.
Kajian KPM juga mendapati sekiranya jumlah buku teks dan buku aktiviti KPM dibawa mengikut jadual waktu harian, hanya menyumbang 28% berat keseluruhan beg tersebut.
Garis panduan sudah ada. Semua JPN, PPD dan sekolah telah menerimanya. Persoalannya sejauh mana pelaksanaannya di peringkat sekolah.
Muat turun Garis Panduan/Pekeliling isu beg berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan