2.Anwar mencipta rekod tersendiri apabila
buat pertama kali dipilih untuk menyandang jawatan nombor satu negara selepas
24 tahun menanti untuk bergelar Perdana Menteri.
3. Al-Sultan Abdullah berkenan melantik bekas ketua pembangkang itu selepas Perbincangan Khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada sebelah pagi 24 November 2022.
4.Pelantikan itu selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
5.Dalam siding
medianya di Sungai Long Golf and Country Club di Kajang, pada Khamis malam,
beliau komited untuk mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam
sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan
kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan
Sarawak serta Orang Asli.
6.Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan
mantap dari tiga gabungan terbesar iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan
Gabungan Parti Sarawak.
7.Kerajaan akan menjamin dan
menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan
melarat tanpa kira bangsa dan agama.
8.Fokus nombor satu saat ini
adalah agenda pengukuhan ekonomi.
9.Melawan rasuah dan
penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda
reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan.
10.Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama
sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.
11.Tetap menolak untuk
menerima gaji sebagai Perdana Menteri.
12.Isnin, 28 November 2022 adalah cuti umum di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan