Halaman

29 Mac 2010

Permainan Video Pro dan Kontra


Ada beberapa pendapat daripada forumer  halaqah.net yang pro dan kontra pasal games ni.anda baca dan nilai sendiri. 

Pendapat 1

Permainan video game pada mula2 diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan daya fikir... Kini permainan video games semakin canggih, lebih mencabar dan dapat meningkatkan kreativiti pemain-pemainnya.. Bagaimanupun video games telah memberikan impak yang buruk apabila ketagihan games menyebabkan pemain-pemain berada dalam keadaan leka yang menyebabkan berlaku masalah obesiti... kemerosotan akademik, denyutan nadi menjadi lemah, sakit jantung dan juga lain-lain kecacatan mata seperti rabun jauh dan rabun dekat di peringkat kanak2... Saya mencadangkan permainan games berasaskan video perlu dikurangkan dan ubah ker permainan yang tidak berasaskan video seperti catur, scrabble, sudoku, puzzle kerana dapat mengurangkan symptom2 yang disebutkan...atau lebih baik bersukan untuk kesihatan..

Pendapat 2

.Aku setuju sangat...permainan video game memang dapat membantu kanak-kanak membesar..terutamanya dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak tersebut...otak kanak-kanak yang main game ni lebih cerdas daripada kanak-kanak yang tak main game...Dalam famili aku pun lagu tu gak...adik beradik yang 'hantu' game ni semua terer dalam math n sains..tapi adik beradik yang tak main game..agak lemah dalam pelajaran..tengok kengkawan pun..yang 'hantu' game ramai jadi engineer yang tak main game ramai ambik aliran sastera ja..

Pendapat 3

Saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Alya, kini juga wujud game yang diterapkan sahsiah yang buruk, elemen gengsterism, pembunuhan yang boleh meracuni pemikiran kanak.. seperti game Grand Theft Auto. Games sebegini boleh merangsang minda, tindak tanduk serta tabiat kanak2. Ditambah lagi dengan pergaulan sesama insan yang terbatas kerana leka dengan permainan video games...Permainan ini perlu diubah suai kepada games yang lebih baik seperti berbentuk penyiasatan, solve puzzle, strategi, dan kreativiti seperti padanan baju dan alat mekap, monopoly, warcraft III dan sebagainya....

Pendapat 4

Ada pro's dan contra dalam permainan video games. Tetapi mengapakah ramai yang berfikir mengenai video peperangan dan seumpamanya yang akan merosakkan nilai-nilai murni pada kanak2. Video games ni merupakan permainan yang terlalu meluas. Janganlah kita jadi seperti di Negara US. Melalui games warfare, kanak-kanak baik dewasa dipilih untuk dilatih menjadi pilot. Dan perkara ini telah pun diaplikasikan kerana US tidak mahu pejuang mereka terbunuh maka mereka telah cipta sebuah kapal terbang tanpa pemandu. Pemandunya ialah tukang2 main game. Dimana, mereka akan duduk di dalam sebuah bilik dan bermulalah permainan perang US. Kawalan dari bilik istimewa itu. Seperti kita, sekarang ini cuba kita berfikiran positif. Cara kita boleh mengajar nilai-nilai murni dan ajar itu dan ini melalui permainan video games. Mungkin kita boleh memilih permainan video games bercirikan akademik. Contohnye, matematik tapi dari segi adventure, hormat menghormati org tua (ana pernah main game ni) dan pelbagai lagi. Tapi itulah, pemikiran kanak-kanak sekarang tidak sama seperti kanak-kanak dahulu kala.  

Pendapat 5 

pd pndpt sy, permainan video games ni ada baik n buruknya. terpulang pd kita untuk mengawal n m'jadiknnya sst yg baik utk p'tumbuhan anak2 zmn skrg. jgn smpai mlalaikn dr b'ibadah kpd ALLAH sdhla...
tp...lg best main p'mainan outdoor sbb lebih m'cabar n m'gunakn smua anggota bdn. lebih sihat, lebih cergas n lebih efisien...wallahu a'lam...


 Permainan video mempunyai kebaikan dan keburukannya.jadi kebijaksanaan anda adalah segala-galanya.
 

Tiada ulasan:

Pengikut