Halaman

4 Mac 2010

produk Kosmetik Beracun


Kepada pengguna kosmetik terutama kaum Hawa, awas aku terbaca satu artikel dalam kosmo online hari ini.

Enam produk kosmetik dikesan beracun

04/03/2010 5:49pm

KUALA LUMPUR - Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman.
Beliau berkata enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.
Menurutnya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.
"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.
"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Sumber : Kosmo Online


Tiada ulasan:

Pengikut