Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

23 Ogo 2012

Hidup Tanpa Garam

Bayangkan suatu hari anda hidup tanpa garam.Pasti ada yang merungut .Leceh lah.Mana ada nikmat.(feel).Tawar lah.Tapi tahukah anda mengambil garam berlebihan membawa padah kepada tubuh.Kita sebenarnya terdedah kepada risiko tekanan darah tinggi , angin ahmar,barah perut dan masalah ginjal.Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan tubuh menyimpan kuantiti air yang banyak sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.
Info lanjut layari petuasihat dan  sihatselalu.com



22 Apr 2012

Punca Lupa

Kenapa kita mudah lupa ?

1.Kalau anda  seorang pelajar ,

anda berkhayal ketika membaca.Anda tidak tahu apa yang anda baca.Memang  sah anda dihinggapi penyakit lupa.
2.Anda kurang berminat dengan sesuatu.Anda hanya melihat sebelah 
   mata.Mendengar hanya di cuping telinga.Tidak sampai ke otak.
3.Anda tidak mengulang kaji pelajaran atau kurang membaca.fikiran menjadi 
   tumpul dan mudah dihinggapi penyakit lupa.

Langkah mengatasinya ?

1.Tak susah.Kalau anda seorang pelajar , rajin-rajinlah mengulang kaji  
   pelajaran.Jangan bertangguh sehingga  hari esok.
2.Buat orang dewasa dan tua. sepatutnya anda belajar mencatat atau 
   bookmark perkara penting  dlm handphone dll.
3.Amalkan memakan buah kismis.Buah ini tidak mengandungi kolestrol atau 
 lemak malahan kandungan garam dalam buahnya amat rendah.ia   
  mengandungi vitamin dan zat mineral untuk kesihatan badan dan   
 mencerdaskan minda.Antaranya:

Pottasium,magnesium,kalsium dan vitamin B1 , B3 dan B6 dan zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan keseluruhan badan.
Kismis juga menadungi serat yang kaya dengan agen anti-oksida (anti penuaan) bahkan mengandungi fruktosa(Gula ringkas)yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.Cukup sesuai untuk mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti pelajar dan guru.

8 Okt 2011

Tip Pendingin Hawa Kereta

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

9 Apr 2011

Punca Lupa

Kenapa kita mudah lupa ?

1.Kalau anda  seorang pelajar , anda berkhayal ketika membaca.Anda tidak 
   tahu apa yang anda baca.Memang  sah anda dihinggapi penyakit lupa.
2.Anda kurang berminat dengan sesuatu.Anda hanya melihat sebelah 
   mata.Mendengar hanya di cuping telinga.Tidak sampai ke otak.
3.Anda tidak mengulang kaji pelajaran atau kurang membaca.fikiran menjadi 
   tumpul dan mudah dihinggapi penyakit lupa.

Langkah mengatasinya ?

1.Tak susah.Kalau anda seorang pelajar , rajin-rajinlah mengulang kaji  
   pelajaran.Jangan bertangguh sehingga hari esok.
2.Buat orang dewasa dan tua. sepatutnya anda belajar mencatat atau 
   bookmark perkara penting  dlm handphone dll.
3.Amalkan memakan buah kismis.Buah ini tidak mengandungi kolestrol atau 
  lemak malahan kandungan garam dalam buahnya amat rendah.ia              
  mengandungi vitamin dan zat mineral untuk kesihatan badan dan    
  mencerdaskan minda.
  Antaranya:

Pottasium,magnesium,kalsium dan vitamin B1 , B3 dan B6 dan zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan keseluruhan badan.
Kismis juga mengandungi serat yang kaya dengan agen anti-oksida (anti penuaan) bahkan mengandungi fruktosa(Gula ringkas)yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.Cukup sesuai untuk mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti pelajar dan guru.

8 Apr 2011

Telur Ayam Tiruan

Alahai dunia...telur ayam pun dah ada yang tiruan.Risikonya telur tersebut mengandungi ramuan bahan kimia berbahaya.Antaranya :

1. Kulit telur - diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.
2. Kuning telur dan putih telur - dihasilkan menggunakan natrium  
    alginat,alum,gelatin,asid benzoik,kalsium klorida,air dan pewarna lemon.

Risiko pengambilan telur tiruan

pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan,hati dan otak jika dimakan pada kadar kerap.Kepada penggemar telur, berhati-hati ketika membeli telur.Pastikan kita tak terbeli telur tiruan.Anda lihat sendiri  penyiasatan telur palsu di Youtube.

16 Mac 2011

Punca Angin Ahmar

Semalam aku menziarahi seorang sahabat lama.Beliau terlantar di katil .Kelihatan agak uzur akibat serangan angin ahmar atau strok.Semasa sihat, beliau seorang yang humble dan kelakar.Serangan angin ahmar menyebabkan beliau tidak lagi mampu bercakap.Suaranya tidak jelas.Butiran percakapannya tidak mampu aku fahami.Aku memberikan sedikit kata-kata semangat dan mendoakan supaya beliau tabah menghadapi ujianNya.Selesai menziarahinya aku cuba mencari punca serangan angin ahmar atau strok.Kembali menghadap netbook,mencari info berkaitan serangan angin ahmar di laman carian Google.Beberapa sumber yang aku kutip dari Wikipedia dan Info Sihat.gov.my untuk dikongsi dan renungan bersama , kesimpulannya strok disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu menyebabkan bahagian otak kurang menerima oksigen sekali gus mengakibatkan sel otak akan mati.Antara punca strok ialah faktor usia yang lanjut, darah tinggi,kolestrol yang tinggi,kencing manis dan merokok.Faktor merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling tinggi.Oleh itu hentikanlah tabiat merokok.Peringatan untuk aku dan kita semua yang masih diberikan nikmat kesihatan oleh Allah S.W.T

4 Okt 2010

Tidur Menurut Islam

Umumnya, manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat, antaranya Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Walau apapun versinya, tidur dilihat sebagai satu nikmat yang kurniakan oleh Allah kepada manusia.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)


Tidur juga secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Persoalan berapa lama jumlah jam tidur yang patut kita ambil dalam sehari, sebenarnya tiada peraturan tertentu atau khusus mengenainya. Bagaimanapun, begitu kebanyakan ahli perubatan menyarankan untuk tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Berapa jumlah tidur yang kita ambil yang bertujuan untuk beristirahat bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Ini kerana jumlah tidur bagi kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Bagi orang yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding mereka yang bekerja menggunakan fizikal.


Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Ini berdasarkan fitrah kejaian manusia itu sendiri. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Sebagai contoh yang biasa kita dengar, jika tidur selepas solat Subuh, orang tua mengatakan bahawa rezeki lambat dan susah untuk hadir.


Antara sedar atau tidak, tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma dan merangsang daya penyerapan. Oleh hal yang demikian itu, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara. Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah.


Contoh tidur yang terbaik ialah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya masuk tidur tidak terlalu malam, kemudiannya bangun beberapa minit setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang solat sunat Tahajud dan berehat sementara mengunggu fajar menyingsing untuk solat Subuh.


Satu perkara yang amat sinonim dengan tidur adalah solat Tahajud. Solat Tahajud adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya lewat tengah malam. Solat ini juga dikenali sebagai solat malam. Pendapat ulama mengatakan bahawa solat Tahajud boleh menjauhkan panyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.


Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. Tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau menghadap kanan.


Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun, dia akan menangis lagi. Jadi, emosi sebelum kita tidur akan mempengaruhi apa yang akan kita alami di dalam mimpi.


Rasulullah s.a.w menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi, dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Mungkin ada yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa ayat-ayat itu sebagai jampi atau mantera, tetapi sebenarnya dibaca untuk kita mengingati Maha Pencipta. Ayat-ayat tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan keindahan sifat Tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu kita dalam proses pembersihan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.


Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:


a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.


b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.”


c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”


d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”


e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.


Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.


Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yg terbaik.



Sumber: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia

Kenapa Anda perlu Tidur Awal

Punca kesihatan anda terjejas antaranya ialah :

1.Anda tidur lewat dan bangun pagi juga lewat.
2.Tidak membuang air besar pada waktu pagi
3.Makan melebihi had atau terlalu banyak makan.
4.Melewatkan sarapan.
5.Makan terlalu banyak ubat atau pelbagai jenis ubat.
6.Makan makanan atau minuman yang megandungi banyak bahan pengawet ,perasa dan pewarna tiruan.
7.Menggoreng sesuatu menggunakan minyak masak yang telah digunakan.


Ubah tabiat anda.kita mampu melakukannya untuk gaya hidup yang lebih sihat.

29 Sep 2010

Tidak Gemar Pakai Seluar Dalam


Info ini aku petik dari ruangan sakit tuan dalam Harian Metro.

SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?
ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu


Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.

Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau ‘spermatic cord’ yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.


Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.

Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku ‘pandangan’ mata sudah mencukupi.

Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa ‘subur’nya mereka.

17 Sep 2010

Main Game

Benarkah dengan bermain permainan video anda tidak lagi memerlukan cermin mata.Kajian penyelidik US membuktikan dengan bermain permainan video , anda mampu meningkatkan daya penglihatan anda menjadi lebih baik.

Sumber : Yahoo.com

7 Ogo 2010

Kes Penyakit Kencing Tikus Perlu Dilapor Kepada Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR: Penyakit kencing tikus atau leptospirosis akan dikategorikan sebagai "penyakit wajib dilaporkan" iaitu setiap kes yang berlaku perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi membolehkan kementerian memantau dan mengawal keadaan sebenar penyakit berkenaan di negara ini.

"Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengeluarkan notis menjadikan penyakit leptospirosis ini sebagai satu penyakit yang perlu diberitahu kepada pegawai kesihatan daerah.
"Dari semasa ke semasa memang banyak kes leptospirosis di mana-mana, tetapi memandangkan sebelum ini ia tidak perlu dilaporkan kepada kementerian jadi kita tak tahu berapa kes leptospirosis yang berlaku dalam negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kapitan Yap Ah Loy di sini, Sabtu.
Penyakit kencing tikus atau leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lepas apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Sehubungan itu, Liow telah mengarahkan setiap pegawai kesihatan daerah mengawal selia kebersihan kawasan rekreasi terutamanya tapak perkhemahan yang menjadi salah satu punca wabak ini berleluasa di seluruh negara.

Beliau juga meminta orang ramai menjaga kebersihan di kawasan rekreasi bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit kencing tikus atau leptospirosis di negara ini.

"Kencing tikus yang membawa bakteria ini akan menjadi epidemik dalam kawasan kita kalau kita tak mengambil langkah yang drastik. Oleh itu salah satu langkah yang penting adalah untuk memastikan kebersihan kawasan kita terutamanya di kawasan-kawasan perkhemahan," katanya.

Orang ramai juga tidak perlu panik kerana penularan wabak ini terkawal, kata Liow.

"Memang di Kedah, contohnya, setiap tahun ada lebih kurang ratusan kes leptospirosis tetapi kebanyakannya kita dapat sembuhkan.

Jadi orang ramai digesa membantu kementerian untuk memastikan penyakit yang dibawa tikus ini dapat kita hapuskan sama sekali," katanya.

Seminar sehari yang dianjurkan Persekutuan Persatuan Nanyang Malaysia itu bertujuan untuk menghayati dan menghargai sumbangan pengasas Kuala Lumpur itu. - BERNAMA

Sumber : Mstar Online

5 Ogo 2010

Kuasa Nyamuk


Nyamuk seekor serangga kecil.tapi kehebatannya mampu membunuh manusia.Buktinya...

 

Terbaru....seekor nyamuk yang mampu menghentikan sebuah siaran berita. kejadian ini berlaku di Taiwan ketika seekor nyamuk masuk ke mulut seorang penyampai berita mengakibatkan dia tersedak sehingga mengganggu siaran berita yang dibawakannya secara langsung.Anda klik YOuTubE.dan saksikan sendiri. 


31 Jul 2010

Jangan Terlalu Banyak...

Jangan terlalu banyak tidur - jadi malas , merosakkan badan dan fikiran.

Jangan terlalu banyak makan - mudah ditimpa penyakit -kencing manis,masam dan sewaktu dengannya.

Jangan terlalu banyak termenung - mudah dihasut syaitan ,diri takkan maju

Jangan terlalu banyak berhibur - Lupa Tuhan, lupa diri sendiri , tak ingat akan mati yg tak pernah lupakan kita sesaatpun.

17 Jul 2010

Serangan Jantung Vs Air Suam






Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

 








Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.





Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.










Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit

21 Jun 2010

Ketawa Jauhkan Penyakit Jantung



Sumber : Kosmo Online




SENYUMAN dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti bersenam untuk beberapa minit.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan tindak balas kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat menjalankan kajian ke atas 300 responden mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Kajian itu menyatakan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila seseorang ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar itu akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
 
Sumber: Universiti Maryland

10 Jun 2010

Mandi Malam Dan Minum Air Batu

Info ni aku dapat melalui e-mail.Biarpun entri ni agak panjang tapi amat berguna untuk kesihatan kita semua.Bunyinya begini

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah,

ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik
mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkanparu- paru.
Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains
menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan
pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.
http://ms.wikipedia ..org/wiki/ Sains


Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu
ke
atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas,
masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas
meja
untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan
luar
gelas ini.
Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar
gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari
bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di
udara
berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.
Dalam
anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan
dan
minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat
binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus
adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat
lembab
(high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau
jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak
berhampiran
esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses
kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air.
Air
ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini
berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan
akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini
akan
mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan
alveolus
tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas
oksigen
dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan
bahagian
paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas
oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap
minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana
pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak
balas
iaitu tapak tangan lembap dan basah.
Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes
sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu.
Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih
tajuk
yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu
beliau
dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba
Allah
saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang
tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun
yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya
tidak
sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer
walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati
saya
ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila
tidur
dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak
membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur
dengan
anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa
buka
kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah
sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini
berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan
sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain
badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak
tangan
saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung
1980an
arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi
mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak
kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti
sedangkan
guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima
saranan
beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses
pemerhatian
untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu
menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan
pesakit
yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk
lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter
5mm.
Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik
transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair
pekat
mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang
penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa
beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya
ajukan,
akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??
Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak
belasan
tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam
dan
selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat
pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam
boleh
menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana
terdapat
pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan
itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya
menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru
adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan
benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru
berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang
bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah
Aminah(HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu
pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang
dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau
menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan
"Sipolan, engkau selalu mandi malam ke?" Belum sempat pesakit ini
menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam.


Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam.
Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk
menyejukkan badannya". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata
"badan dah panas, nak buat apa!" Begitulah kata-kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.





Sumber :

Email.

6 Jun 2010

Lagi Khasiat Pisang


Khasiat Buah Pisang


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Sumber : TKO Online

28 Mei 2010

Khasiat Pisang

Ramai yang gemar buah-buahan luar negara berbanding buah -buahan tempatan.Tahukah anda antara buah-buahan tempatan yang mempunyai khasiat yang tinggi.Jawapannya pisang...selalu kita beli pisang goreng lepas balik kerja...sebenarnya pisang cukup berkhasiat.Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium. 


Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.

2 Apr 2010

Pengikut