Halaman

25 Mei 2010

Cara Buat Blog


Entri aku hari ni tentang blog .Kenapa blog ? Ramai rakyat Malaysia Gen X dan Y(umur 29 ke bawah) khususnya memiliki blog.Tak kiralah sama ada blog tersebut  percuma atau berbayar.Syabas dan tahniah kepada anda yang dah memiliki blog.Tak sia-sia bekas PM ,Tun M melancarkan koridor raya multimedia tak lama dulu.Sekurang-kurangnya dunia siber dan internet dah jadi darah daging atau asam garam generasi baru.Ramai blogger yang lahir dalam dunia blog.Antaranya Rohaizad. hujanbatu , noorizamshah dan beribu-ribu nama yang aku tak sebut di sini.Maafkan aku.Bahkan ramai blogger yang telah menjana beribu-ribu RM hasil kegiatan berblog.Antaranya  Irfan Khairi yang kini berstatus jutawan.Aku kira terdapat beribu-ribu lagi blogger di Malaysia yang bergelar jutawan senyap.(Mereka tak perlukan publisiti ,tetapi berjaya mengumpul 50K sebulan)

Selalu orang bertanya ...kenapa orang suka blog ?.baca blog ?..buat blog?. ...sebenarnya blog merupakan medium alaf baru kepada generasi celik komputer...untuk berkongsi pendapat,meluahkan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama atau medium perniagaan maya yang menguntungkan.Ringkasnya ada yang menjadikan blog sebagai tapak bisnes maya yang menghasilkan pulangan RM brjuta-juta sebulan(Bukan sesuatu yang mustahil)

Berbalik kepada tajuk entri aku...cara nak buat blog...kepada pendatang baru dalam dunia  blog...yang baru berjinak-jinak dengan blog...aku cadangkan anda bermula dengan blogspot atau blogger.com.Buat blog menggunakan blogspot cukup mudah.Ramai blogger pro yang telah bertukar kepada wordpress, tapi aku masih setia dengan blogger.com.Aku kenal dunia blog melalui blogspot.Jadi aku masih setia dengan blogger.com.dan template yang  sama .(Sehingga kini...)Anda boleh rujuk sembangkomputer.com untuk mengetahu langkah seterusnya untuk membina blog percuma menggunakan blogspot. Selamat berblog dan melangkah ke dunia blog.Mana tahu suatu hari...  anda semua bergelar Jutawan Senyap..(Kita tidak akan berjaya sekiranya kita tak pernah mencuba.)

Lagi tips buat blog percuma di blog hasrulhassan.com

1 ulasan:

Unknown berkata...

ahahaha best la
ali bru buat blog dlm sbulan jer :)

Pengikut