Halaman

Memaparkan catatan dengan label Blog Percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Percuma. Papar semua catatan

29 Okt 2011

Blogging

Jom kita buat blog  menggunakan blogspot secara percuma.

 Blog tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.Jom buat blog di blogger.com.

25 Mei 2010

Cara Buat Blog


Entri aku hari ni tentang blog .Kenapa blog ? Ramai rakyat Malaysia Gen X dan Y(umur 29 ke bawah) khususnya memiliki blog.Tak kiralah sama ada blog tersebut  percuma atau berbayar.Syabas dan tahniah kepada anda yang dah memiliki blog.Tak sia-sia bekas PM ,Tun M melancarkan koridor raya multimedia tak lama dulu.Sekurang-kurangnya dunia siber dan internet dah jadi darah daging atau asam garam generasi baru.Ramai blogger yang lahir dalam dunia blog.Antaranya Rohaizad. hujanbatu , noorizamshah dan beribu-ribu nama yang aku tak sebut di sini.Maafkan aku.Bahkan ramai blogger yang telah menjana beribu-ribu RM hasil kegiatan berblog.Antaranya  Irfan Khairi yang kini berstatus jutawan.Aku kira terdapat beribu-ribu lagi blogger di Malaysia yang bergelar jutawan senyap.(Mereka tak perlukan publisiti ,tetapi berjaya mengumpul 50K sebulan)

Selalu orang bertanya ...kenapa orang suka blog ?.baca blog ?..buat blog?. ...sebenarnya blog merupakan medium alaf baru kepada generasi celik komputer...untuk berkongsi pendapat,meluahkan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama atau medium perniagaan maya yang menguntungkan.Ringkasnya ada yang menjadikan blog sebagai tapak bisnes maya yang menghasilkan pulangan RM brjuta-juta sebulan(Bukan sesuatu yang mustahil)

Berbalik kepada tajuk entri aku...cara nak buat blog...kepada pendatang baru dalam dunia  blog...yang baru berjinak-jinak dengan blog...aku cadangkan anda bermula dengan blogspot atau blogger.com.Buat blog menggunakan blogspot cukup mudah.Ramai blogger pro yang telah bertukar kepada wordpress, tapi aku masih setia dengan blogger.com.Aku kenal dunia blog melalui blogspot.Jadi aku masih setia dengan blogger.com.dan template yang  sama .(Sehingga kini...)Anda boleh rujuk sembangkomputer.com untuk mengetahu langkah seterusnya untuk membina blog percuma menggunakan blogspot. Selamat berblog dan melangkah ke dunia blog.Mana tahu suatu hari...  anda semua bergelar Jutawan Senyap..(Kita tidak akan berjaya sekiranya kita tak pernah mencuba.)

Lagi tips buat blog percuma di blog hasrulhassan.com

25 Apr 2010

Buat Duit Melalui Blog


Entri aku hari ni pasal buat duit melalui blog.Benarlah kata-kata Rohaziat niche ini cukup mendapat perhatian atau rating tertinggi daripada semua pengguna internet.Entahlah ada orang berblog sekadar suka-suka,berkongsi cerita peribadi dengan orang lain.Ada orang memang jenis minat menulis artikel , jadi blog la tempat dia melepaskan gian.Sebab kalau hantar ke media cetak belum tentu editor terima, sebab artikel tak ada  ummpph dan sebagainya.Ada juga yang menjadikan blog sebagai medium untuk promosi barangan dan perkhidmatan.Malah ada yang mampu mengaut keuntungan beribu-ribu RM sebulan.Apa2 pun aku tabik pada NoorizamSyah .sebab beliau  antara blogger yang mampu menjana beribu-ribu lemon RM sebulan.Jadi siapa pun anda yang bergelar blogger tak kira blog kita jenis apa, sama ada peribadi atau perkongsian ilmu ...yang penting blog kita berfaedah kepada semua pengguna internet.Tak guna kita mengaut berjuta2 RM kalau blog kita dipenuhi entri sampah dan lucah.Mengundang hasutan dan kemarahan orang lain.Tak sensitif pada masyarakat sekeliling , merosakkan minda masyarakat.

Berbalik kepada tajuk entri aku tadi...sebenarnya kalau anda nak pasif income.tak susah dan tak juga senang..yang penting anda perlu berusaha dan berusaha...bak kata pepatah ..kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.....petuanya selalu explore ..blog2 yang boleh membantu kita bagaimana nak dapat pasif income.Jangan terus percaya... kalau anda mendengar iklan yang berbunyi...labur RM...bla.bla...pendapatan anda beribu2 Rm datang ketika anda sedang tidur..tak perlu bersusah-payah..duduk goyang kaki dapat duit..porraah....hentikan digula-gulakan dengan skim cepat kaya skim ponzi.Jangan terpengaruh dengan skim macam tu.tapi yang malang dan susahnya orang kita ni suka sangat nak cepat kaya..berniaga hari ni esok nak terus untung.Bro..mana ada orang bisnes hari ini esok untung terus..kecuali bisnes benda2 haram..mungkin la kot...Ok cukup dulu untuk hari ni.Kredit untuk blog Sabree Hussin dan hasrulhassan.com yang berjaya menjana pendapatan melalui blog.

25 Sep 2009

Buat Blog Percuma

Kepada anda yang baru nak berjinak-jinak dengan blog atau tiada asas langsung tentang blog. Di sini aku nak bagi link untuk dapat nota atau panduan mudah buat blog secara PERCUMA....tiada bayaran sesen pun.Ikuti tips blog percuma di hasrulhassan.com

Pengikut