Oleh Ustnik
Sumber : TKO Online
Saya agak teruja apabila  menerima gambar yang diemailkan kepada saya ini. Seorang abang yang  keletihan, barangkali lapar dan penat. Tiada tempat berteduh, hanya di  tepi tangga kotor. Beralaskan kadbod nipis. Comotnya tak terkira. Namun  dalam keadaan demikian, seorang abang masih memangku adiknya dalam  dakapannya, tidak rela terbiar di tepi tangga. Lalu mereka tertidur  bersama-sama..
Setiap hari dengan membaca  pelbagai berita menyayatkan hati-buang anak, buang ayah, buang iman..  tiba-tiba apabila merenung gambar ini, saya bertanya dalam diri saya.  Gambar ini hasil rakaman kamera gambar sesuatu yang benar-benar hidup,  lukisan cat air atau lukisan dari hati yang mempunyai nilai hatibudi  yang tinggi, kemudian dimanifestasikan dalam lukisan? Renung renunglah."   

Tiada ulasan:
Catat Ulasan