Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan

16 Mei 2011

Tema Hari Guru 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.Entri aku hari ini khas buat guruku yang telah mendidik aku tanpa jemu.Tanpa kalian sudah tentu kami semua tidak mengenal satu huruf pun.Jasamu tetap dikenang sepanjang zaman.


19 Ogo 2010

60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

BAHAN lucah yang mudah diperoleh di Internet juga menjadi faktor pendorong berlakunya kes perzinaan.


KUALA LUMPUR – Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber : Kosmo Online

7 Ogo 2010

Kenapa Tak Rogol Saya ?

Oleh: albangi

"Kenapa Tak Rogol Saya?
(Thursday, July 15, 2010 at 12:47pm
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku…
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat…
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

 http://albangi.wordpress.com

24 Jul 2010

Kerja Wartawan

Betul kata HaniHasan kerja wartawan ni bukannya mudah.Banyak risiko dan cabarannya.Malah kalau salah tulis silap haribulan dihumban ke dalam lokap atau kena sama berjuta-juta .Mari kita saksikan klip video di bawah yang aku petik dari You Tube, membuktikan betapa risiko yang perlu dihadapi seorang wartawan.


21 Jul 2010

Melayu Paling Ramai Tengok Porno

Aku terbaca dalam artikel akhbar online hari yang menyatakan ,orang Melayu paling ramai melayari laman web lucah.Betulkah ? Kalau betul ini satu gejala yang cukup membimbangkan.Anda nilai sendiri berita yang aku petik dari Kosmo Online.


FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus. 

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

8 Jul 2010

Ketagih Makan Uri


Aku terbaca satu artikel hari ini pasal wanita yang ketagih makan uri.Entahlah.Dunia hari ni macam-macam hal boleh berlaku.Berita lanjut anda klik Mymetro Online.

25 Jun 2010

Lelaki Baran Mati terbiar 4 Tahun Dalam Bilik Tidur

 Sumber : Mymetro Online


THE HAGUE: Gara-gara diarah supaya jangan diganggu, ahli keluarga seorang lelaki membiarkan dia berkurung dalam bilik tidurnya sebelum mayatnya ditemui empat tahun kemudian, kata polis semalam.
Lelaki terbabit - berusia 50 tahun ketika meninggal dunia - menetap di rumah berkenaan bersama adik-beradiknya yang berusia di antara 44 dan 71 tahun di Minnertsga.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu memiliki sifat panas baran dan biasanya semua arahannya dipatuhi.

“Empat tahun lalu dia mengarahkan supaya jangan ada sesiapa mengganggunya ketika masuk ke bilik tidur.

“Walaupun mereka sering lalu-lalang di depan biliknya, tiada siapa berani membuka pintu,” katanya.

Mayat lelaki itu hanya ditemui selepas pemilik rumah berkenaan mahu membuat pengubahsuaian di bilik berkenaan. - AFP

Adegan Lucah Ariel , Luna Dalam DVD


KUALA LUMPUR: Adegan lucah kononnya membabitkan penyanyi Peterpan, Ariel dan pasangannya aktor dan pengacara, Luna Maya, kini dikesan mula dicetak dalam cakera video digital (DVD) dan dijual dengan harga RM15 sekeping.
Bagi menarik perhatian pembeli terutama di kalangan warga Indonesia, DVD berkenaan diberi judul, ‘Indonesian Sex Scandal’. Bagaimanapun, DVD itu turut dimuatkan dengan adegan lucah lain tiada kena mengena dengan kedua-dua artis popular itu.

Penjualan DVD berkenaan terbongkar dalam satu operasi khas Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Sri Damansara, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 20-an sedang menjual pelbagai DVD diletakkan dalam satu kotak, kira-kira jam 4.30 petang.

“Kebiasaannya, penjual DVD cetak rompak akan membuka kaunter kecil tetapi lelaki terbabit membawa kotak sambil memperagakan DVD dijual kepada pelanggan terutama yang sedang menjamu selera di dalam restoran.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui ratusan DVD tidak diluluskan dan lucah termasuk DVD adegan lucah artis popular Indonesia itu dalam kotak dibawa lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan, lelaki terbabit hanya menawarkan DVD secara diam-diam dan sebaik pelanggan menyatakan DVD dikehendaki, suspek mengeluarkan bahan terbabit dan mula berurusniaga.

21 Jun 2010

Masalah Dadah

Entri aku hari ni pasal dadah.Dadah telah menjadi satu masalah yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia ini . Masalah ini telah menjejaskan keadaan ekonomi, politik dan juga sosial sesebuah negara.

Sememangnya dadah banyak memberi kesan buruk kepada penagih,keluarga, agama dan negara khasnya. Oleh itu, langkah-langkah sewajarnya harus diambil untuk mengatasi masalah dadah ini .
Antara langkah-langkah yang diambil ialah :
  • Melalui penguatkuasaan undang-undang – tindakan lebih tegas
  • Rawatan dan pemulihan – kepada penagih
  • Pendidikan, pencegahan dan penerangan – berkaitan dadah
  • Penyelidikan - cara atasi masalah dadah
  • Latihan
  • Kerjasama antarabangsa untuk perangi dadah
Hidup Sihat Tanpa Dadah

18 Jun 2010

Azrinaz Dicerai ,Gelaran Diraja ditarik balik


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat-kuasa petang semalam.

Pengumuman rasmi dibuat Istana Brunei, 8 malam semalam menerusi laman berita nasional Brunei iaitu http://www.rtbnews.rtb.gov.bn.

 
Perceraian itu diumumkan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan di laman web berkenaan.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010,” katanya dipetik dari laman itu.

Mengikut pengumuman sama, semua gelaran diraja ditarik balik.

Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005 yang hanya dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Berita perkahwinan mereka menjadi tumpuan dunia dan menjadi antara maklumat carian internet paling pupolar ketika itu.

Mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun.

Lebih dikenali dengan panggilan Naz, beliau mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.

Beliau pernah dipilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM dua tahun kemudian.


3 Jun 2010

Budak 2 Tahun Hisap Rokok

Alahai...budak..


Iron Baby

Bayi perempuan jadi Iron Baby

 

 

CAHAYA keluar dari tapak tangan Margaret.


MONTREAL, Kanada - Satu klip video yang memaparkan seorang bayi perempuan muncul seperti watak adiwira Iron Man menjadi sensasi di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapa bayi itu menghantar klip tersebut di laman perkongsian video terkenal, YouTube dan ia telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali.
Klip video berjudul Iron Baby itu menunjukkan Margaret bertukar daripada seorang bayi biasa kepada hero yang lengkap berpakaian besi.
Ia dihasilkan oleh bapanya, Patrick Boivin yang merupakan seorang pembikin filem dan bekas pencipta buku komik dari Montreal, Kanada.
Seorang artis grafik tiga dimensi, Jocelyn Strob Simard pula bertanggungjawab menghasilkan kesan khas untuk klip video itu termasuklah kostum Iron Man.
Ia memakan masa selama dua bulan untuk disiapkan.
Jalan ceritanya bermula dengan Margaret yang memakai 'lampu bulat' di dadanya, sebelum dipakaikan kostum Iron Man. Hero kecil itu kemudiannya terbang untuk menumpaskan sekumpulan arnab mainan yang bersenjatakan senapang.
Dia memusnahkan musuhnya itu menggunakan pancaran laser yang keluar dari tapak tangannya.
Kejayaan video itu mula dirasai apabila Boivin menyatakan dia sudah menerima tawaran daripada penerbit-penerbit filem Hollywood. - Agensi

Sumber : Kosmo Online

23 Mei 2010

Kasih Abang

Oleh Ustnik
Sumber : TKO Online

Saya agak teruja apabila menerima gambar yang diemailkan kepada saya ini. Seorang abang yang keletihan, barangkali lapar dan penat. Tiada tempat berteduh, hanya di tepi tangga kotor. Beralaskan kadbod nipis. Comotnya tak terkira. Namun dalam keadaan demikian, seorang abang masih memangku adiknya dalam dakapannya, tidak rela terbiar di tepi tangga. Lalu mereka tertidur bersama-sama..
Setiap hari dengan membaca pelbagai berita menyayatkan hati-buang anak, buang ayah, buang iman.. tiba-tiba apabila merenung gambar ini, saya bertanya dalam diri saya. Gambar ini hasil rakaman kamera gambar sesuatu yang benar-benar hidup, lukisan cat air atau lukisan dari hati yang mempunyai nilai hatibudi yang tinggi, kemudian dimanifestasikan dalam lukisan? Renung renunglah." 

15 Mei 2010

Penangan Janda Lori

Entahlah...dunia akhir zaman agaknya...

Sumber : hmetro.com.my

ALOR SETAR: Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.
Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.

Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.

Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang ‘beraksi’ dalam kepala lori berkenaan.

Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu.

Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.

Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah dilanggannya.

“Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya,” katanya.

Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya.
Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.

“Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.

“Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah,” katanya.

Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.
Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar April lalu apabila isterinya terjumpa telefon bimbit digunakan untuk menghubungi peneman lori terbabit ketika mahu mengambil wang belanja sekolah anaknya.

Wati yang menemani Awang ketika ditemu bual berkata, dia mengesyaki sesuatu yang pelik apabila melihat suaminya memiliki dua telefon bimbit sebelum menyuruh anaknya memeriksa kandungan nombor telefon dan SMS.

Wati berkata, hatinya hancur luluh apabila mendapati hampir semua 150 SMS itu mengandungi kata-kata sayang dan berbaur lucah daripada janda yang ditujukan kepada suaminya.

Isterinya turut menemui nama dan nombor telefon bimbit 10 wanita dipercayai peneman lori dalam telefon bimbit suaminya itu.

Malah, kesan perbuatan Awang menyebabkan anak kedua mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, mengalami tekanan dan hampir terjun dari bangunan 23 tingkat kerana tidak percaya bapa yang disanjung dan dianggap idola, terbabit kegiatan maksiat.

“Saya menghubungi seorang janda yang bekerja di kedai makanan di sini dan dia mengakui kerap bersama suami menyebabkan hati saya hancur mendengar pengakuannya.

“Selepas berbincang dengan suami untuk berpisah, barulah dia sedar perbuatan buruknya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi demi masa depan anak-anak,” katanya yang kini dalam proses kaunseling bagi memulihkan semangatnya.

Wati berharap, pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi membendung masalah ini kerana kasihan terhadap isteri pemandu lori yang terbabit dalam gejala berkenaan.

9 Mei 2010

Eksperimen Budak


Entri ni aku petik dari Mymetro Online.Anda boleh komen kat bawah.

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

2010/05/09


MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.
Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.

Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.

“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

Sumber : Mymetro Online.


22 Apr 2010

Penternak Ayam Mati Dibakar

Artikel ni aku petik dari Mymetro Online.Entahlah apa dah nak jadi dengan masyarakat sekarang...


Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
2010/04/22


JITRA: Seorang penternak ayam bukan saja dibunuh, malah dibakar hingga rentung oleh pekerjanya sendiri yang dipercayai berang kerana tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu dalam kejadian di Kampung SC, Jalan Kampung Pochan, Changlun dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Tan Ah Yee, 64, ditemui rentung dalam keadaan tertiarap dalam sebuah bilik di rumah satu tingkat miliknya.

Sebelum kejadian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra menerima laporan daripada seorang rakan mangsa mengenai kebakaran di kampung itu pada jam 9.55 malam.

Difahamkan, ketika anggota bomba terbabit mengawal kebakaran, tiba-tiba muncul seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa mangsa disamun tiga lelaki di rumahnya sebelum dibunuh dan dibakar dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata siasatan polis mendapati lelaki terbabit cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan memberikan keterangan meragukan.

“Suspek mendakwa, mangsa disamun tiga lelaki yang turut mencederakannya di luar rumah sebelum mengheret mangsa ke dalam bilik rumahnya.

“Suspek turut mendakwa penyamun membakar rumah itu hingga mangsa rentung.

“Bagaimanapun, selepas anggota polis menyoal siasat berkali-kali, suspek memberi keterangan meragukan dan kita terpaksa menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, selaras senapang patah ditemui berhampiran mayat mangsa.
“Siasatan mendapati suspek marah kerana majikannya dipercayai tidak membayar gaji.

“Kami akan menunggu laporan lengkap forensik sama ada mangsa ditembak atau sebaliknya. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

Sawaludin berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Jitra, Mohamad Darus, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu melalui seorang rakan mangsa yang datang sendiri ke balai berkenaan pada jam 9.55 malam kelmarin.

“Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan apabila sampai api sedang marak. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11.25 malam,” katanya

18 Feb 2010

Kes kanak-kanak Hilang- Sharlinie


KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen .

Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.

Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang.

''Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun.

Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu.

''Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan,'' ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 2,000 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun di negara ini berada dalam penjara kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.

Katanya, 400 daripada mereka masih ditahan reman bagi menanti kes dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, antara kesalahan jenayah yang dilakukan ialah samun, bunuh, jual cakera padat haram dan sebagainya.

''Saya dimaklumkan ada kalangan remaja ini yang terpaksa menunggu sehingga tiga tahun untuk kes mereka dibawa ke mahkamah.

''Sehubungan itu, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu agar kes mereka dapat dipercepatkan,'' katanya.

22 Jan 2010

Gula-Gula Bentuk Rokok Berleluasa


Gula-gula bentuk rokok berleluasa

Seingat aku gula2 ni Tahun 80an pun dah ada.Masa aku kecik2 dulu.Tapi dulu lain sekarang lain.Dulu tak sama dengan sekarang.Artikel ni aku petik dari KOSMO ONLINE.Anda boleh baca kat bawah. 




gula-gula menyerupai rokok dijual berleluasa di Kota Bharu, Kelantan.


KOTA BHARU - Golongan ibu bapa di sini kesal dengan tindakan syarikat pengeluar makanan kerana menjual gula-gula dalam bentuk rokok bagi menarik perhatian kanak-kanak.
Bungkusan gula-gula rokok itu didapati hampir sama dengan jenama rokok sebenar di pasaran dan dijual pada harga 40 sen dengan pelbagai perisa.
Seorang bapa, Yusri Ibrahim, 32, semasa mendedahkan perkara itu berkata, tindakan tersebut dikhuatiri boleh mempengaruhi kanak-kanak ke arah tabiat merokok kerana bungkusan dan gaya memakan gula-gula itu hampir sama.
"Cara kanak-kanak makan gula-gula ini seakan-akan menghisap rokok, kita bimbang mereka akan menjadi ikutan pula dengan menghisap rokok sebenar pula," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber Kosmo.com.my

Pengikut