Halaman

2 Mei 2010

Virus Facebook Barack Obama Hlillary Clinton- Sex Scandal

Oleh bijigetah

"Makluman Bagi semua pengguna Facebook diharap berhati-hati kerana kini terdapat virus yang akan membuatkan anda menghantar link sebuah video yang tidak wujud kepada semua rakan-rakan anda di dalam senarai rakan anda di facebook. Bagaimana ia beroperasi? Virus ini akan bertindak apabila anda meng 'klik' link yang kononnya video skandal seks Barack Obama dan Hillary Clinton, video tersebut bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal.

 

Jadi sekiranya anda menerima video tersebut dari mana-mana rakan anda di facebook, kemungkinan besar rakan anda telah meng 'klik' link video tersebut, seterusnya video itu dihantar kepada anda seolah-olah rakan anda itu yang menghantarnya. Namun percayalah rakan anda tak sejahat itu untuk menghantar video tidak senonoh tetapi mungkin kerana semangat ingin tahu kawan anda itu menyebabkan dia menekan link video tersebut. Berikut contoh virus Facebook yang dimaksudkan. Harap dapat disebarkan kepada semua rakan-rakan di Facebook!

Sumber:  

http://milosuam.blogspot.com/2010/04/virus-facebook-barack-obama-hillary.html

Tiada ulasan:

Pengikut