Halaman

Memaparkan catatan dengan label Bijak IT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bijak IT. Papar semua catatan

3 Okt 2015

Google Memperkenalkan Sokongan HTTPS Untuk Pengguna Perkhidmatan Blogspot



Blogspot atau turut dikenali sebagai Blogger merupakan salah satu perkhidmatan milik Google yang memfokuskan kepada penawaran platform bagi pengguna menerbitkan kandungan. Baru-baru ini, Google telah mengaktifkan penggunaan nama domain .MY untuk pengguna tempatan, dan terkini Google turut memperkenalkan sokongan HTTPS pada perkhidmatan mereka itu.


Google telah mula mengimplementasikan sokongan penyulitan (encryption) pada perkhidmatan dan pelayan mereka sejak daripada tahun 2008 yang lepas, malah mereka turut menekankan penggunaan HTTPS dikalangan pemilik web lain.
Kini, sebahagian daripada usahanya, Google turut mengumumkan pengenalan sokongan HTTPS pada perkhidmatan Blogspot, membolehkan pemilik blog pada perkhidmatan tersebut mengaktifkan sokongan HTTPS.
Google mengatakan sokongan ini membolehkan pengguna pastikan mereka melayari web yang tepat, disamping mengelak daripada pihak ketiga mencuri ilmu atau memantau pelayaran mereka di sesuatu laman blog.
Pengenalan fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Blogspot – dan ia tidak ditawarkan untuk pengguna domain sendiri buat masa ini.

Sumber Rujukan: Blogger

Kredit untuk Penoreh getah

4 Feb 2012

Rahsia Handphone

Kita semua adalah pengguna atau pemilik handphone .Tak kira lah kita pakai yang ori atau AP set

21 Sep 2010

Tips Menjaga Laptop dan Bateri

Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Berikut adalah Tips Menjaga laptop dan baterinya:

* Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.

* Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katilempuk atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.

* Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.

* Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.

* Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.

* Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.

* Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual

* Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

* Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.

* Elakkan daripada penggunaan bateri.

* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Papan Kekunci.

* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita
tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


. Skrin LCD

* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

Sumber : Kaunselor TKO Online 

20 Jun 2010

Masalah Komputer







Baru-baru ni aku telah terpadam semua fail penting aku dalam Notebook kesayangan aku..Malang bertimpa-timpa apabila aku juga telah hilangkan semua fail yang telah aku masukkan dalam tong sampah(Recyle Bin ).Bila perkara macam ni berlaku jangan panik.Tarik nafas perlahan-lahan.Bawa bertenang.Tanya kawan yang pakar dalam  komputer atau cari kat Pak cik Google.Kalau2 dia boleh bagi jawapan.Masa tengah fikir macam mana nak dapatkan balik fail yang hilang tu, kawan aku bro wahab...cadangkan aku guna perisian Recuva yang anda boleh dapatkan secara percuma di internet.Aku pun terus download dan install dalam Ntbook aku.Lega..semua fail aku yang dah hilang berkurun2 tu dapat ditemui kembali.

4 Jun 2010

Analisis Blog Guna SEO

Info ni aku dapat dari maribinablog.blogspot.com .Pertama sekali...anda harus tahu sama ada blog anda mesra pembaca atau tak.Sebelum tu tahukah anda apa itu SEO ? Ok secara ringkasnya SEO ialah satu proses untuk meningkatkan jumlah dan kualiti pengunjung ke blog anda melalui enjin pencari secara semula jadi.(Search Engine)

Jadi anda boleh check blog menggunakan teknik SEO  di bawah :



3. pingler.com

3 Mei 2010

Perbezaan KB dan Kb

KB dan Kb? Apa beza?

Istilah yang biasa kita guna dalam dunia Internet iaitu KB, Kb, Mb dll. Ada beza ke KB dan Kb? Ada beberapa orang yang agak keliru dengan huruf kecil b dan huruf besar b tu. K seperti mana semua orang tahu ialah Kilo, B (besar) ialah Byte dan b (kecil) ialah bit.
Apa beza bit dan byte? Ok, satu byte bersamaan dengan 8 bit, satu bit ialah satu bit lah. Contoh kalau pakej streamyx korg adalah 1Mbps. Kelajuan maksima yang akan korg dapat ialah 128KB atau 1024Kb. Perkara ni sama juga kalau guna Mb, MB, Gb, GB dan lain-lain.

Sumber :imiahus.com

2 Mei 2010

Virus Facebook Barack Obama Hlillary Clinton- Sex Scandal

Oleh bijigetah

"Makluman Bagi semua pengguna Facebook diharap berhati-hati kerana kini terdapat virus yang akan membuatkan anda menghantar link sebuah video yang tidak wujud kepada semua rakan-rakan anda di dalam senarai rakan anda di facebook. Bagaimana ia beroperasi? Virus ini akan bertindak apabila anda meng 'klik' link yang kononnya video skandal seks Barack Obama dan Hillary Clinton, video tersebut bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal.

 

Jadi sekiranya anda menerima video tersebut dari mana-mana rakan anda di facebook, kemungkinan besar rakan anda telah meng 'klik' link video tersebut, seterusnya video itu dihantar kepada anda seolah-olah rakan anda itu yang menghantarnya. Namun percayalah rakan anda tak sejahat itu untuk menghantar video tidak senonoh tetapi mungkin kerana semangat ingin tahu kawan anda itu menyebabkan dia menekan link video tersebut. Berikut contoh virus Facebook yang dimaksudkan. Harap dapat disebarkan kepada semua rakan-rakan di Facebook!

Sumber:  

http://milosuam.blogspot.com/2010/04/virus-facebook-barack-obama-hillary.html

14 Apr 2010

E-book Mahir Komputer Percuma

E-book ni ditulis oleh Hardyweb.Semuanya percuma.Anda hanya perlu download.Klik HARDYWEB untuk dapatkan ebook untuk menambhkan koleksi pengetahuan anda tentang komputer.Sebarkan kepada rakan-rakan yang berminat mendalami ilmu komputer.

Cara melajukan Internet


Info ni aku petik dari blog kimirekonen

Hari ini saya nak bagi tips sikit tentang nak lajukan internet. Cara-caranya mudah dan senang dilakukan. Tetapi teknik ini hanyalah teknik asas dan tidak menggunaan software apa2. Saya senaraikan disini yer:-

1) Biasanya tak laju ni sebab ada banyak software ‘run’ pada startup. So nak buangnya senang je. Klik pada start dan pilih run. Pastu taip MSCONFIG (huruf kecik pun takpe) dan tekan ok.  Then, akan keluar system configuration utility. Kat butang tab pilih startup. Untick atau Uncheck mana2 software atau aplikasi yang dirasakan tak perlu ada dalam startup. So takdelah banyak aplikasi ‘running’ semasa kita melayari internet.

2) Selain itu, kita juga boleh melajukan internet dengan menggunakan default wallpaper. Janganlah guna wallpaper canggih manggih yang ada gambar, grafik dan sebagainya. Bila banyak sangat benda tu yang jadi lambat nak loading internet tu. Sebab banyak makan (guna) RAM atau memory.

3) Tutup atau kurangkan penggunaan software lain semasa melayari internet. Fokus pada satu2 benda sahaja. So takdelah lambat sangat masa nak guna internet tu. Software atau aplikasi lain tu gunalah masa dah abis melayari internet tu.

4) Jaga komputer anda dan elakkan dari terkena virus ataupun spyware. Ini juga boleh menyebabkan internet menjadi lembap. Bila dah banyak virus ada dalam PC kita, komputer atau hard disk akan jadi slow. Maka automatik, nak guna internet pun jadi slow jugak.

5) Jangan guna internet terlalu lama atau lebih dari dua jam. Jika lebih dari tu, leh disconnect dulu untuk 5-10 minit. Kemudian baru buat connection balik. Ini supaya modem dapat refresh balik serta dapat kurangkan kepanasan modem. Keselamatan modem pun terjaga

9 Apr 2010

Perbezaan HTTP dan HTTPS

"perbezaan antara http dan httpsHTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc). Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?


“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.
Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.
Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.
Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.
Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?
Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .
Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.

Post asal: http://www.isuhangat.net

19 Feb 2010

Laman Bahaya Dedah Maklumat Di Internet


Para pengguna internet berhati-hati dengan kewujudan laman web palsu.Info ini aku petik dari kosmo online.

 

Laman bahaya dedah maklumat di Internet

LAMAN web pleaserobme.com di Internet dicipta oleh tiga rakan baik
dari Belanda.


NEW YORK - Pengguna-pengguna Internet tanpa disedari memberi ruang kepada perompak untuk memecah masuk ke rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagi peringatan kepada pengguna, laman web terbaru, pleaserobme.com yang bermaksud sila rompak saya, menyiarkan panduan mengenai bahayanya berkongsi maklumat terperinci mengenai pengguna-pengguna Internet yang memberitahu dunia bahawa mereka tidak berada di rumah.
Laman itu diwujudkan tiga rakan baik dari Belanda, Boy van Amstel, Frank Groeneveld dan Barry Borsboom.
Ia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi rumah pengguna-penggunanya.
Pencipta-pencipta laman itu sebenarnya bukan untuk membantu perompak mengesan rumah yang ditinggalkan pemiliknya tetapi mereka mahu menghantar mesej kepada pengguna-pengguna rangkaian sosial mengenai bahaya berkongsi banyak maklumat di Internet.
Laman itu diwujudkan sebagai percubaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang akan timbul akibat berkongsi mesej tersebut.
"Kami mendapati pengguna-pengguna terbabit gemar memeriksa keadaan kediaman mereka dan lebih buruk menyemak di mana kedudukan ahli-ahli keluarga atau kawan mereka yang merupakan perbuatan yang silap," kata Von Amstel.
Laman pleaserobme.com itu sebenarnya menyediakan panduan untuk pengguna melindungi butiran peribadi yang boleh dikesan oleh penjenayah di Internet.
Pada minggu lalu, Google mencetuskan kritikan banyak pengguna Internet apabila mewujudkan aplikasi rangkaian sosial terbaru Buzz yang didakwa mendedahkan maklumat terperinci pengguna termasuk lokasi mereka yang diketahui semua pengguna. - Agensi

14 Feb 2010

Terjemahan-Google Translator

Ketika anda mengunjungi sesebuah laman web Bahasa Inggeris , mungkin ada kalangan anda tak faham sepatah pun apa maksud artikel tersebut.Tapi jangan bimbang.Semuanya boleh diselesaikan.Bagaimana?.Saya mencadangkan anda menggunakan  GOOGLE TRANSLATOR.Semua bahasa dunia ada di situ.Termasuk Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.Cuma Copy dan Paste artikel tersebut.Namun begitu apabila Bahasa Inggeris diterjemah ke Bahasa Melayu terdapat sedikit persamaan dengan Bahasa Indonesia.Tetapi  itu bukan penghalang untuk kita mengetahui sesuatu artikel dalam bahasa kita sendiri.Jom kita klik  GOOGLE TRANSLATOR. dan terjemahkannya dalam Bahasa Malaysia.


12 Feb 2010

Buat Cover Guna MsWord 2007

Hari ni aku nak kongsi topik paling simple.Biasanya kalau anda nak buat kertas kerja atau paper work ,mesti anda nak buat cover.Bagaimanakah cara nak buat halaman kulit depan ke dalam dokumen guna MsWord2007.Jom kita ikut langkah  di bawah :

Mula2 klik INSERT
Lepas itu klik COVER PAGE
Klik pada muka surat yang ingin dimasukkan dalam dokumen anda.Selesai.Mudah bukan?


7 Ogo 2009

Domain dan Hosting




 
Korang nak laman web dengan nama pilihan korang sendiri, contohnya http://www.saya.com.Apa yang perlu korang dapatkan ialah:
1. Domain
2. Hosting.
Sebelum tu aku nak terangkan sikit apa itu domain…..
Domain adalah alamat untuk laman web korang.Contohnya http://www.bestjomjalan.com. Fikir dulu betul-betul nama apakah yang korang nak letak sebagai domain korang, sebab alamat inilah yang akan taip oleh pengunjung dalam web browser untuk pergi ke laman web korang. So domain perlu ringkas dan mudah diingat.
So Apa pulak hosting tu………..
Hosting berfungsi menyimpan semua data tentang website korang. Hosting akan menyimpan fail, teks, gambar, dan semua kandungan dalam laman web korang supaya boleh dilawati oleh sesiapa sahaja.
So camna nak dapat domain dan hosting?
Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya DATA KL .Berikut 3 langkah camna korang nak dapatkan domain dan hosting :

1. Korang hanya perlu surf laman web DataKL .
2. Pilih salah satu daripada pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara
online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan
bimbang kalau korang tiada kad kredit atau PayPal, kerana korang juga
boleh buat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank berdekatan.

3. Nak maklumat lanjut ? korang klik DATAKL.

14 Apr 2009

Beli Laptop




Hari ni aku nak kongsi dengan hampa topik Beli Laptop

Andai kata hampa nak beli laptop baru...5 perkara ni hampa kena study dulu

1. Apakah ciri-ciri laptop yg perlu diambilkira?
2.Apakah Spesifikasi yang sesuai?
3.Berapakah anggaran harga?
4.Apakah brand yang ok dan kurang bermasalah?
5.Di manakah tempat yang boleh dibeli ? (Kedai Biasa atau Authorised Dealer)

Fikir-fikirkanlah...fail to plan is planning to fail...

In My mind

Pengikut