Halaman

30 Jun 2010

Nuffnang Malaysia

Apakah Nuffnang ?Pernah dengar ?  biasa lihat ?.Nuffnang merupakan komuniti pengiklanan blog.Iklan mereka telah dilihat oleh 3 juta pengunjung dalam 100,000 blog setiap hari.Bolehkah kita menjana pendapatan daripada 
Nuffnang ? Sudah tentu boleh.Mereka telah membuktikannya. Sekadar menyebut beberapa nama earncent.com , noorizam shah  dan lain-lain.Bagaimana anda nak daftar Nuffnang ? Perkara asas, anda perlu memiliki blog.Tak kisah sama ada percuma atau berbayar.Bagaimana nak mula ? NoorizamShah ada menyediakan ebook panduan Nuffnang yang boleh dimuat turun secara percuma.Berikut tips daripada saudara Noorizam shah untuk menjana duit dari Nuffnang yang aku petik dari blog thisisnuffnang.blogspot.com . Antaranya :

Apa yang dilakukan Encik Noorizam Shah untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM200-RM500 setiap bulan daripada Nuffnang?Bagaimana Nuffnang bagi duit kepada blogger ?

Di bawah adalah yang disenaraikan olehnya.
  1. Saya pasangkan ketiga-tiga saiz iklan di blog saya.
  2. Saya juga pasang iklan-iklan ini di 6 blog saya yang lain. (Tidak boleh didedahkan)
  3. Saya hanya mempunyai satu sahaja blog yang bertraffik tinggi.
  4. Blog bertraffik tinggi tu ialah NoorizamShah.com
  5. Saya sentiasa update setiap hari blog saya ini. Blog lain, saya tidak ada masa untuk kemaskini.
  6. Saya guna Global CPC Ads di semua blog yang saya pasang iklan Nuffnang.
  7. Setiap blog yang ada iklan Nuffnang, saya tidak pasang iklan dari Advertlets.com
  8. Setiap blog yang ada iklan Nuffnang, 90% target saya ialah pelawat dari Malaysia.
  9. Saya sentiasa masuk ke akaun Nuffnang, untuk kemaskini akaun.
  10. Jika ada masa, saya akan ping akaun saya di innit.nuffnang.com
  11. Saya akan sentiasa pastikan akaun member saya adalah berstatus Glitterati.

Tiada ulasan:

Pengikut