Halaman

28 Jul 2010

SMS Palsu Dan Tipu

Mungkin anda pernah menerima SMS seperti disenaraikan di bawah. Antaranya ialah:



  • Dear valued customer. RM70 will be credited into your account. To activate type 7 and send to 10133440257. TQ




  • TAHNIAH! ANDA TERPILIH UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI "CELCOM" SEMPENA (ULANG TAHUN') SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA) TQ.




  • Penambahan baki akaun **** Mid Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda, dail 0193000910 atau taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.




  • Anda mempunyai 9 pesanan suara. Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan hantar ke 10132454709.
    Senarai terbabit antara SMS yang tidak sah dan cuba mengaburi mata pengguna untuk membalasnya.


    Malah, terdapat pengguna kehilangan kredit prabayar sebaik membalas SMS yang diterima mereka.


    Salah satu teknik penipuan SMS dilakukan menerusi taktik 'hoax' yang mana penghantar SMS dengan sengaja menipu penerima agar percaya kepada sesuatu yang nyata padahal sebenarnya ia hanya khayalan semata-mata.


    SMS hoax dilakukan menggunakan mesej sebenar, tetapi menipu dalam konteks atau perkataan yang dimuatkan dalam SMS terbabit.


    Contohnya, pengguna akan menerima SMS yang meminta mereka menghantar maklumat kepada 10 orang lain bagi menerima ganjaran tertentu yang langsung tidak wujud.


    Masalah penipuan SMS melalui taktik hoax tidak tertumpu di negara ini semata-mata, malah ia tersebar meluas di seluruh dunia terutama selepas peningkatan penggunaan telefon bimbit di kalangan masyarakat.Baca lanjut di Harian Metro.



    Sumber :Harian Metro



  • 1 ulasan:

    black_mel berkata...

    selalu jgk kena...tp slalu x ambil peduli...mmg sms palsu...

    Pengikut